tag:blogger.com,1999:blog-88391980742654210532024-03-05T16:46:34.985+08:00roslan jomelroslanjomel@gmail.comroslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comBlogger210125tag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-45844305702832219962014-06-12T18:08:00.000+08:002014-06-18T16:01:52.534+08:00di dalam mulutnya ada kota
buku kumpulan cerpen terbaharu (keempat) sudah berada di pasaran. terbitan ITBM. sepertinya tahun ini saya ada dua buah buku kumpulan cerpen. buku Serangga Di Dalam Kepala (terbitan ITBM) sebetulnya terbit pada tahun 2013, hanya sahaja baharu dilepaskan ke pasaran pada awal tahun ini.
dan sekarang saya sedang dalam proses menyiapkan manuskrip kumpulan cerpen kelima. apakah saya penulis prolifik? mungkin, ya. kamu perlu mengenali Ruhani Matdarin, seorang penulis dari Sabah yang begitu luar biasa dan gigih menulis. buku-bukunya sentiasa muncul setiap tahun.
ketika ini, semangat dan obsesi saya hanya pada halaman cerita-cerita fiksyen. dari situlah, ransangan untuk sentiasa menulis dipupuk. genius-genius yang menulis cerpen sentiasa menghantui saya agar jangan berhenti menulis. idea-idea sentiasa memberontak untuk meminta agar segera
dituliskan di skrin komputer.
jika salah menjadi penulis prolifik, saya akan berhenti menulis.
roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-53401634673344187802014-03-11T11:33:00.001+08:002014-03-12T11:16:24.797+08:00autobiografi dan hujan pasir"kalau yang menang pilihan raya tidak menjadi bijaksana, dan yang kalah pula menjadi lebih durjana, ke manakah bangsa kita akan sampai?" - SN Baha Zain.
cerpen terbaharu saya, Autobiografi, disiarkan dalam majalah Dewan Sastera untk Bil. 3 2004. jika anda melihatnya kembali dalam buku kumpulan cerpen terbaharu saya nanti (Di Dalam Mulutnya Ada Kota), dipersilakan membacanya sekali lagi. saya mendedikasi cerpen itu untuk kawan-kawan sastera saya, yang sudah tentu tidak ramai.
di dalam majalah yang sama, sajak saya, Hujan Pasir, turut disiarkan. sajak yang asalnya dikirim ke majalah lain itu, hampir-hampir saja dilupakan kewujudannya oleh saya sendiri. bagaimanakah menulis sebuah karya kreatif yang sesuai untuk disiarkan di dalam media bertemakan keislaman? haruskah menurunkan ayat-ayat dari kitab suci Al-Quran? mengenangkan hal itu, saya teringat sajak-sajak Rumi.
sehingga ke detik ini, tiada perkembangan positif dari pesawat MH 370. sebagai orang muslim, marilah kita terus berdoa kepada ALLAH semoga dipermudahkan usaha pencariannya. misteri kehilangannya lebih mengganggu hati nurani.
roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-4361842937687979082014-02-17T17:00:00.000+08:002014-02-18T11:29:59.616+08:00Pengampu
paling dibenci masyarakat sedang duduk di kerusi. Seluar, kemeja, topi malah
kasut serta stoking serba putih. Pada hari tertentu sahaja lelaki itu
memastikan penampilannya istimewa. Ia seumpama kod yang memudahkan dia
dikenali. <o:p></o:p>
sesiapa yang duduk di sebelahnya. Pekerja hotel meletakkan dirinya jauh
terasing dari pandangan orang ramai. Pemilik hotel dimaklumkan kehadirannya
melalui interkom. Maka dia harus mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh masyarakat. Tempat untuk lelaki itu terhad di mana-mana sahaja
dia berada. Dia menjalani hidupnya di dalam jalur sosial tersendiri. <o:p></o:p>
lokasi yang dipilihnya selain di dalam pejabat atau di kafe berkelas tinggi.
Tidak sesekali di dalam kelab malam. Dia bukan penggemar minuman beralkohol
atau kaki perempuan. Maka, penampilan luaran menjadi cerminan tahap
profesionalisme. Tiada seorang pun penduduk di kota metropolitan beridentiti
sedemikian termasuk penjilat yang lebih gemar berpakaian kasual. Kedudukannya
lebih tinggi berbanding batu api atau pengadu domba. Kadang-kadang dia
kelihatan seperti cendekiawan. <o:p></o:p>
membaca akhbar dan sekejap-sekejap matanya melilau. Ternyata lelaki itu mencari
seseorang atau mungkin menunggu peluang. Segelas jus tomato tinggal separuh di
meja. Kesabaran amat penting kerana ia menentukan paras kematangan. Walaupun
sedikit berusia, dia tetap kelihatan muda. Tanpa misai dan janggut. Malah
tekstur wajah lelaki itu tegang dan berseri-seri di balik kebencian masyarakat
kepadanya. <o:p></o:p>
Bergerak secara bebas hampir dua puluh tahun. Tiada alamat syarikat. Tidak
sebagaimana agen 007, dia melakukan tugasan secara alamiah. Kepandaian yang
ditempa melalui pengalaman yang panjang dan tidak mudah. Tiada sebarang alat
teknologi pintar dibekalkan di dalam mana-mana poket pakaiannya. Dia tidak
perlu melakukan penyamaran. Tidak menjadi kemestiannya untuk turut terlibat
dalam politik di negara asing. Untung sabut, timbul. Untung batu, dia bakal
terbenam. Pengampu membina reputasi dengan kaedah bersistematik. <o:p></o:p>
lapisan masyarakat menganggapnya sebagai ciptaan Tuhan yang menjijikkan. Lebih
berbahaya berbanding penyamun wang rakyat dan penipu yang sering bertalam dua
muka. Kewujudannya tidak ubah seperti kuman di balik makanan. Jika dia dilihat
berada di dalam monorel, semua penumpang memilih untuk keluar. Jika dia datang
dalam suatu majlis keraian, hadirin segera beredar dengan muka masam. Sebagai
manusia biasa, dia berasa tersinggung dengan persepsi masyarakat. <o:p></o:p>
tetapnya justeru mengampu tokoh-tokoh dalam kalangan elit yang berpotensi
memulangkan limpahan material kepadanya. Dia tidak menerima elaun atau gaji
bulanan. Semua orang maklum maklumat awam sebegitu. Zaman telah berubah, maka
dia juga harus menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Adaptasi. Tiada lagi
dialog lama seperti: “Wah! Cantiknya baju yang Tuan pakai.” Percayalah, ucapan
sedemikian hanya menjadi bahan tertawa orang lain. Tidak mungkin dia memperoleh
ganjaran seperti seutas jam tangan mahal atau gelaran kenamaan.<o:p></o:p>
pekerjaan dipilihnya tidak mudah diceburi. Tiada borang untuk diisi. Ia bukan
seperti yang ditayangkan dalam drama-drama di televisyen. Minat untuk mengampu
datang kepadanya secara semula jadi. Tiada sesiapa yang memaksa. Bahkan tidak
dipengaruhi oleh apa-apa kecenderungan. Dia melakukan aktiviti demikian kerana
menyahut tuntutan dalaman. Sebagaimana seorang seniman yang mesti berkarya untuk
kepuasan seni. Sebaliknya masyarakat terlalu mudah menghukumnya hanya kerana
berbeza perspektif. Setiap manusia memiliki keinginan masing-masing. Tidak
ramai manusia sanggup mengampu namun lebih ramai manusia yang inginkan pujian.<o:p></o:p>
dia sedar. Mengamalkan pendekatan lama pada masa sekarang, tidak mungkin
menjamin kejayaan. Teknologi dan sistem moden telah mengubah landskap pemikiran
sesebuah bangsa. Dia menimba segala jenis pengetahuan melalui pembacaan. Duduk
berjam-jam lamanya di perpustakaan. Setiap hari dia menemui manusia-manusia
yang berbeza fahaman. Dia harus memiliki senjata ampuh di dalam setiap
tindakan. Sekurang-kurangnya memiliki kemahiran dalam jurusan linguistik atau
ilmu psikologi. Ia menggantikan ilmu penunduk yang biasa diamalkan oleh
golongan pengampu suatu ketika dahulu. Muslihatnya mesti berada jauh di atas
daripada fikiran si mangsa. <o:p></o:p>
duduk menunggu, lelaki itu memesan secawan lagi coklat panas. Lihatlah
kedudukannya sekarang. Dia mengecap nikmat kesenangan hasil daripada pekerjaan
yang tidak ingin dilakukan oleh manusia biasa. Dia boleh meruntuhkan pegangan
seorang melalui kata-kata manis. Itulah jarum ajaib yang akan ditusuk
perlahan-lahan di dalam hati tokoh elit. Semakin tinggi iman seseorang itu,
semakin rumitlah usahanya. Tetapi dia yakin, manusia sentiasa lemah mengikut
fitrah semula jadi. Jika tidak seminit, dia tetap sabar menunggu sehingga
setahun. <o:p></o:p>
awal yang dilaluinya sebagai pengampu amat memeritkan. Jarang dia berjaya dalam
setiap misi. Dia terpenjara. Iklan tentang keburukan golongan sepertinya
dipasangkan secara meluas ke pengetahuan awam. Hidupnya melarat menanggung hutang.
Modal digunakan lebur tanpa sebarang hasil. Dia dilemparkan dengan pelbagai
tuduhan yang memalukan. Dia didakwa menggoda isteri orang. Sering dihitamkan
sebagai perosak akhlak generasi muda. Malah dikutuk sebagai pengkhianat negara.
Kemudianlah baharulah dia terfikir untuk mengubah penampilan diri. Salah satu
cara yang paling berbaloi ialah memantapkan isi kepala dengan ilmu. Ya, melalui
ilmulah manusia dipandang tinggi. Dia boleh menilai apa yang sedang berada
dalam setiap fikiran orang lain. Dan dia tahu, siapakah mangsa yang bakal
dikejar. <o:p></o:p>
lama terbenam di bawah label musuh nombor satu masyarakat, lelaki itu kini
bangkit perlahan-lahan seperti fajar pagi. Dia menghirup coklat panas yang
baharu sampai. Dia mengerling pada jam tangan. Jenama Omega. Bukan dari
pemberian menteri atau hasil dari siri mengampu. Namun hadiah daripada
seseorang yang ingin menuntut ilmu daripadanya. Dia menerimanya dengan senang
hati. Kelak, suatu masa nanti, pada hari-hari persaraan, dia bakal menubuhkan
sebuah institusi yang serba lengkap tentang pengajian dalam bidang mengampu.
Seminar pemikiran, pembentangan kertas kerja, teori dan amali serta siri-siri
dialog akan diusahakan. <o:p></o:p>
harapannya agar aktiviti mengampu diakui sebagai lambang ketinggian tamadun
bangsa. Jika sesebuah negara boleh menerima golongan perasuah, penyamun dana
kerajaan atau pemimpin kuku besi, maka, tidak salahnya aktivis pengampu diberi
kedudukan yang setara. Sambil tersenyum sendirian, lelaki itu menghirup sisa
coklat. Sudah hampir sejam dia duduk di situ. Bak menunggu individu yang turun
dari lapisan langit. Tidak mengapa. Dia sudah berpengalaman menghadapi kerenah
golongan atasan. <o:p></o:p>
masyarakat boleh menerima kewujudan orang sepertinya dengan tangan terbuka, sudah
tentu ia melambangkan kemajuan cara berfikir. Dia akan memudahkan segala
liku-liku birokrasi yang pernah dialami dahulu. Tiada lagi caci maki dan sumpah
seranah ke atas orang seperti dirinya. Diberi kerusi yang diletakkan
bersama-sama dengan masyarakat. Malahan memiliki kad perniagaan untuk diberi
kepada pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat. Sikap berbelah-bahagi
pihak awam untuk menerima golongan pengampu tidak seiring dengan perkembangan
dunia mutakhir. Tetapi harapan sedemikian masih suatu fantasi. Kenyataannya
masyarakat lebih senang bergaul bersama-sama penjilat, hipokrit dan penyangak
dalam kehidupan harian. Menjadi pengampu secara terang-terangan masih gagal meyakini
orang ramai. <o:p></o:p>
yang terpaksa dilaluinya amat berat dan kompleks. Tidak semua orang boleh
menerimanya sebagai sahabat. Bahkan dia sendiri dipulaukan oleh keluarga dan
saudara-mara. Memperkenalkan diri sebagai pengampu juga tidak ubah seperti
mengaku sebagai pesalah tanpa sebab. Di dalam negara sedang membangun, dia
belum lagi diterima sebagai sebahagian daripada budaya norma. Sebagaimana
sebahagian negara menolak LGBT atau pluralisme agama. Masyarakat memang bijak
berlagak suci di balik topeng. Walaupun demikian, dia juga dikehendaki oleh
sebilangan kecil tokoh tersohor. Seimbang. Kemunculannya, tetap relevan ketika
para penjilat, penyamun dan talam dua muka gagal menjalankan misi mereka. Selamat
datang ke dunia sebenar. <o:p></o:p>
keistimewaan eksklusif yang tidak mungkin dinikmati oleh orang kebanyakan. Dia
boleh minum petang bersama-sama dengan individu kehormat negara. Menerima surat
undangan sebagai tetamu dalam acara rasmi dalam istana dan duduk di kerusi di
sebelah para pembesar menteri. Bukan seumpama lintah yang tidak tahu malu terus
menghisap darah, dia melakukan pekerjaannya perlahan demi perlahan tanpa
meninggalkan sebarang kesan. “Sabar,” katanya selalu mengingatkan diri. Semua
manusia mempunyai darjah egonya masing-masing. Apa yang perlu dipupuk ialah kesefahaman
antara kedua-dua pihak. Dan ia bergantung sebesar mana saiz ganjaran yang
disasarkan. Jika berkehendakkan sekadar sebuah tapak warung jualan di tepi
jalan, jelas itu bukan standardnya ketika ini. <o:p></o:p>
seorang pengampu yang beretika. Tidak semua tokoh elit ingin didampinginya. Dia
pemilih yang menolak untuk bersikap tamak. Jangan tunjukkan kepada masyarakat
betapa terdesaknya golongan pengampu. Sangat jarang menemui mana-mana pengampu
beradab seperti dia. Selain tahu menjaga imej sendiri. Bahkan mempunyai
beberapa sijil, diploma, ijazah kedoktoran (dengan kepujian) serta lesen yang
melayakkan aktivitinya. Tidak sebagaimana pandangan umum, dia tidaklah sejahat
yang disangka. Dia muncul dalam kempen anti Zionis dan lain-lain kempen tentang
kesedaran hak asasi manusia. Dia
sentiasa berada di depan penderitaan masyarakat. Masyarakat memang mudah
terangsang emosi apabila berhadapan dengan isu-isu sensasi mainan media massa.
Di situlah dia kerap mencelah diri.<o:p></o:p>
berniat menyombongkan diri, dia kecewa dengan beberapa pengampu generasi baharu
yang langsung tidak berkelulusan. Ingin segera kaya. Tidak menghormati
orang-orang yang lebih tua. Gelojoh dan mengekori tokoh-tokoh elit seperti
langau. Jika boleh, mereka ingin terus duduk di atas kerusi di sebelah para
pembesar dan menteri. Dan tetap menganggap kerja mengampu dari sorotan negatif.
Perspektif sebegitu salah. Di samping tidak menjaga kebersihan diri. Nafas
berbau busuk dan pakaian tanpa diseterika. Tiada sesiapa dari kalangan tokoh
elit sanggup bertahan dengan pengampu-pengampu amatur sebegitu. Tiada sivik. Kosong
mentaliti. Mengampu bukan semata-mata untuk mendapatkan pangkat, tender,
kedudukan dalam parti atau projek. <o:p></o:p>
cabaran ditempuhi sepanjang mengampu lebih hebat berbanding mendapatkan mata
kemenangan untuk pingat Olimpik. Ia menggabungkan seni, taktikal, sains,
ketepatan masa dan sasaran. Tiada kerahan tenaga kudrat. Jauh daripada itu,
pengampu harus menyucikan dirinya daripada sanjungan peribadi. Jangan diikut
resmi para penjilat dan perompak wang rakyat. Mereka sentiasa ingin dianugerahi
segala bintang kebesaran. Percayalah, tiada sesiapa yang bakal mengalungkan
rantai bunga ke leher si pengampu. Sehingga kini dia tidak pernah diberikan
ucapan terima kasih. Dia bukan seorang artis. Dia tidak meminta segala pujian
kosong sebegitu. Harga diri amat penting buat pengampu. <o:p></o:p>
meletakkan kad namanya di depan kemeja sebagai pengenalan diri. Pada setiap
kali urusan bermula, maka tokoh elit yang cuba dipengaruhi berasa yakin dengan
agenda lelaki itu. Hidup di dalam masyarakat yang berpura-pura, dia tahu
perbuatannya itu dituduh sekadar menunjuk-nunjuk. Sebagai pengampu
berpengalaman, dia tahu bagaimana mencairkan hati tokoh elit secara matang dan
perlahan-lahan. Bermula dengan secawan kopi dan sehiris kek di dalam sebuah
kafe. Tidak perlu bertindak bodoh atau tergesa-gesa dengan menggunakan
pendekatan klise. Tindakan sedemikian hanya merendahkan martabat. Tokoh-tokoh
elit kontemporari tidak sukakan pujian yang mengada-ada. Disebabkan itu
pentingnya pengetahuan awam yang luas. <o:p></o:p>
panjang untuk disenaraikan siri kejayaannya. Anda tidak mungkin berpeluang
melihatnya di mana-mana media konvensional atau di internet. Lelaki berwawasan
besar seperti dia tahu bagaimana hendak menghilangkan diri sesudah selesai
menakluki hati tokoh-tokoh elit. Tidak mungkin dia mengampu kepada tokoh elit
yang sama buat kali kedua. Itu merupakan petuanya. Disebabkan itu dia segera
memencilkan diri. Dia tidak akan mendedahkannya di kedai kopi. Sebaliknya
berbaring dengan selesa di tepian pantai di seluruh dunia dan menikmati
keindahan alam. Mengampu suatu pekerjaan tertua sebagaimana pelacuran. <o:p></o:p>
itu bangkit dari kerusi. Dia menuju ke bilik air. Individu yang
ditunggu-tunggunya masih belum menampakkan diri. Hampir empat jam dia melekat
di kerusi dan menghabiskan tiga jenis minuman. Kesabarannya kekal seperti batu
di dalam hati. Ramai manusia gagal dalam hidup kerana tidak berupaya menangani
kerenah orang lain. Dia memang jarang membuat temu janji terlebih dahulu. Urusan
sedemikian hanya merosakkan suasana santai yang menjadi kebiasaannya ketika
mengampu. Dia pernah menunggu sehari
suntuk dan pulang tanpa sebarang pertemuan. Keesokan hari dia datang semula dan
tidak juga bertemu tokoh elit yang bakal ditawan. Itu merupakan asam garam.<o:p></o:p>
orang ingin menjadi seperti dirinya. Terutamanya orang-orang muda yang ingin
hidup dalam kelompok kelas menengah. Memperoleh pendapatan berjuta-juta.
Memiliki rumah besar dan terlindung di bawah imuniti khas. Namun ia sangat
sukar untuk dicontohi. Orang-orang muda yang berdarah panas, tahunya marah dan
memberontak sepanjang masa. Disebabkan itu, dia belum bersedia menubuhkan
institusi yang khusus kepada bidang mengampu. Di samping mengenali secara
personel dengan mangsa sasaran, setiap calon pengampu mesti sanggup
mengorbankan wang ringgit. Belajar, mengikuti kuliah-kuliah di universiti dan
rajin membaca. Ia menjana ilmu dan integriti diri. Sebaliknya orang-orang muda
lebih suka akan hiburan dan telefon pintar. <o:p></o:p>
pernah mengadakan siri temu duga buat bakal pelajar-pelajar yang bakal
diserapkan ke dalam institusi nanti. Sayangnya, calon pengampu amatlah pemalas
untuk menghadiri diskusi ilmiah. Soalan-soalan yang mudah gagal dijawab. Ada di
kalangan calon-calon temu duga tidak mengenali individu-individu terpenting
negara. Tidak suka mengorbankan diri dengan segala cabaran. Menolak untuk
berbicara tentang buku namun sering benar berlagak serba pandai di laman
sosial. Bagaimana mereka hendak mempengaruhi sasaran mangsa yang jauh lebih
bermaklumat? Dia bimbang andai aktiviti mengampu yang dilakukan selama ini
hanya tinggal sejarah tanpa pewaris yang berkebolehan. Bayangkan sebuah negara
tanpa pengampu. Sudah tentu akan berlaku perkara yang tidak seimbang. Umpama
bangunan tanpa bekalan elektrik. <o:p></o:p>
itu menyedari akan kepupusan golongan pengampu yang berkaliber. Pernah dia
membincangkan hal itu dalam pertemuan dengan para pengampu di peringkat
tempatan dan antarabangsa. Apa harus dilakukan untuk mengekalkan tradisi itu? Sudah
tiba saatnya mengampu mesti diiktiraf sebagai sebahagian daripada teras budaya.
Dia menyampaikan ucapan dalam seminar. Menulis beberapa artikel dan
menerbitkannya dalam bentuk buku. Namun kesemua tulisannya dibakar oleh pihak
perpustakaan. Ia dianggap penyesat fikiran manusia. Para pengampu lain pula
terdiri daripada mereka yang telah lanjut usia. Berfikiran konvensional dan
amat primitif dalam segala hal.<o:p></o:p>
usia yang sebegini, dia masih tekal menjalankan aktiviti demi kelangsungan
warisan mengampu itu. Bukan kerana dihambat nafsu atau dipaksa oleh pihak lain.
Dia tinggal di sebuah pangsapuri yang serba moden. Itu sudah memadai kepadanya.
Dia tidak perlukan kediaman menyerupai istana, sebuah pulau persendirian atau
beberapa almari pakaian dan kasut. Dia kurang berminat dengan mentaliti
menunjuk-nunjuk di kalangan para penjilat, penyamun dan batu api. Mereka semua
aktor yang boleh membawa pelbagai watak. Namun dia tidak. Dia rela
memperkenalkan diri sebagai pengampu melalui kad yang disematkan di depan
kemeja. Dengan pendekatan sedemikian, dia tahu, sasaran mangsa akan menerimanya
dengan layan kelas pertama.<o:p></o:p>
itu merenung cawan kosong di atas meja. Apa yang perlu diputuskan sekarang.
Terus menunggu atau pulang ke rumah dan kembali semula ke sini pada keesokan
hari? Petang tinggal sisa di luar hotel. Dia tidak memiliki kenderaan. Setiap
kali berurusan, dia menggunakan pengangkutan
awam. Memang benar, tokoh-tokoh elit tidak akan ditemui berada di dalam
monorel, kereta api, bas atau teksi. Tidak sebagaimana di negara-negara asing.
Namun di tempat sedemikianlah dia mencanai ilham dan taktikal baharu. Di tempat
orang ramai berada, dia memerhati tingkah laku manusia. Dari dahulu sehingga
sekarang, manusia tidak pernah berubah. Sudah tiba masa mengupah seorang
penulis untuk membuat biografi tentang perjalanan hidupnya. <o:p></o:p>
ini misi terakhirnya. Dia ingin melakukannya dengan penuh bergaya. Jika dia
berjaya menakluki fikiran beberapa tokoh pembesar dan menteri, sudah tentu
tidak menjadi kesukaran kepadanya untuk menawan hati seorang wanita yang
ditunggu-tunggu di ruang legar hotel. Ya, seorang wanita. Seorang wanita biasa
dan bukan siapa-siapa di dalam pandangan masyarakat. Bukan seorang artis namun
hanya pekerja hotel yang pertama kali mencairkan hati lelakinya. Bahkan tidak
memiliki harta semewah ahli-ahli perniagaan yang datang dari rancangan
kronisme. Misinya pada kali ini ternyata berbeza. Tidak serupa dengan apa yang
pernah dilakukan sebelum ni. Ia lebih menjurus kepada kehendak naluri
kelakiannya. Wanita yang mungkin suatu masa nanti, bakal memberikan cinta.
Suatu pulangan batin yang tidak pernah diraih dan itulah paling menyukarkan
sekali. Jika berjaya memperoleh apa yang dihajati itu, maka, segala aktiviti
mengampu, akan ditutup buat selama-lamanya. Tuhan, semoga dipermudahkan.<o:p></o:p>
Cerpen ini telah disiarkan dalam ruangan Yang Indah Itu bahasa, Utusan Borneo pada 10 Februari 2014 (Isnin).
roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-77118155800628429392014-01-30T18:11:00.001+08:002014-01-30T18:11:23.596+08:00perenggan demi perenggan."If you try to write like Nabokov, there will always be at least one person (whose name is Nabokov} who'll do it better than you. But when it comes to writing the way you do, you'll always be the world champion at being yourself." - Etgar Keret.
ada 10 "petua" untuk penulis berkarya yang disebut Etgar Keret. di atas petua yang ke 7.
saya berasakan ia sesuatu yang berfaedah. saya menyalinkannya untuk diletakkan di dinding. kadang-kadang saya mengikuti salah satu daripada "petua-petua" yang dipesankan oleh Etgar Keret. kadang-kadang saya mencipta "petua" sendiri.
pengkritik akan berkata itu ini. dan penulis harus menulis terus. penulis mesti berkarya untuk membuktikan kewujudannya. pengkritik akan berkata itu ini.
penulis seperti Haruki Murakami akan sentiasa menulis dengan mengangkat subjek yang kerap berulang-ulang di dalam karyanya. hal-hal biasa berhubung emosi manusia. dari dahulu sehingga sekarang. dan itulah tulang belakang kekuatan naratifnya.
saya pernah bersembang tentang hal ini ketika minum bersama dengan Sufian Abas dan Wan Nor Azriq di KLCC. apa lagi yang hendak ditulis di dalam karya kreatif jika bukan untuk bacaan manusia? Paul Auster akan menulis tentang dunia kelam mengenai manusia. demikian juga Etgar Keret. kedua-duanya hebat kepada saya. naratif kedua-duanya pedas dan terkini.
jika anda ingin menarik perhatian pembaca, tulislah sesuatu yang baharu. sesuatu yang baharu itu, bagaimana bentuknya?
roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-57936133669814579212014-01-28T11:33:00.003+08:002014-01-28T16:11:08.252+08:00sekueljika tidak silap, ia berlaku ketika saya minum teh tarik di mamak Pasar Seni. hari Sabtu, sebaik sahaja keluar dari kedai gunting rambut Stylo depan Kota Raya.
suatu hari, entah bagaimana, saya terfikir untuk menggunakan tajuk Selamat Datang Kembali Ke Malaywood sebagai tajuk untuk projek antologi cerpen seterusnya. terus-terang, saya terpikat dengan konsep Naratif Ogonshoto. kepada saya, SN Anwar Ridhwan seorang penulis prosa terbaik di Malaysia.
ya, ia sebuah sekuel. kedengaran begitu. ada pesan penulis ternama agar tidak menceritakan projek penulisan seterusnya. bimbang-bimbang jika ia terbengkalai. seperti kata Hanif Kureshi, jangan ikut petua-petua penulisan yang diajar di bengkel penulisan. langgar sahaja.
namun saya anggap ia sebagai cabaran. mendesak diri sendiri untuk menulis setiap hari, suatu cara untuk tidak terus hanyut dalam laman sosial yang kian menyulitkan untuk dipisahkan kini. oh! ya, baharu-baharu ini saya sudah ada Twitter. nampak benar saya ketinggalan zaman.
ada 10 buah cerpen yang dirancang. setiap cerpen 30 muka surat. sekarang baharu siap 3 buah cerpen. bulan Februari akan muncul tiga empat hari lagi. saya harap berjaya menyelesaikan projek yang (menjerat diri sendiri) ini. nama Malaywood benar-benar mengganggu saya. namun ia hanyalah dunia fiksyen.
di medan selera Pasar Seni, saya minum kopi ais. menulis catatan di atas buku nota. menulis di atasnya bahawa saya menggunakan tajuk Selamat Datang Kembali Ke Malaywood. buku This Is How You Lose Her, Junot Diaz, dibaca sepintas lalu.
menulis cerpen 30 muka surat suatu risiko. majalah Dewan Sastera tidak akan menerimanya. akhbar di Sarawak juga sudah tentu menolaknya. akhbar hanya menghadkan 7-8 halaman. apa boleh buat. dan saya tidak sabar menunggu buku antologi cerpen terbaharu tahun ini. ia memberi bonus tambahan kepada saya. terus bersemangat.roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-12835126958248737432014-01-20T14:58:00.000+08:002014-01-20T14:58:43.141+08:00serangga di dalam kepalaini buku kumpulan cerpen ketiga. sudah ada di pasaran. buku keempat akan menyusul.
roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-51138499376215345692013-11-15T12:47:00.001+08:002013-11-25T15:28:09.134+08:00Malaywoodjika kelak pada 27 November, seorang lelaki dengan wajah dan lagak serba canggung, hadir untuk menerima hadiah kerana buku kumpulan cerpen Selamat Datang Ke Malaywood, di dalam kepalanya masih berfikir tentang fiksyen. sesungguhnya dia masih tidak percaya dan tidak juga terlalu gembira. dia juga akan terkenang perjalanan manuskripnya itu dahulu sebelum dibukukan.
secara peribadi, saya sering berfikir, bilakah akan wujudnya sebuah media, katakan majalah, terhasil setelah berkali-kali diadakan, misalnya Dialog Borneo? kertas kerja demi kertas kerja tinggal menjadi kertas di dalam laci meja. bayangkan sebuah majalah menghimpunkan karya sasterawan Sarawak, Sabah, Wilayah Labuan dan Kalimantan. bayangkan juga majalah sedemikian mampu diterbitkan sebulan sekali dan diharap berkekalan hendaknya.
di negeri Sarawak yang luas, saya juga sering ternanti-nanti, munculnya komuniti penulis pasca moden yang mengubah tema penulisan yang sering dihubungkan dengan karya-karya dari penulis Sarawak. terlalu banyak isu yang boleh ditulis tentang negeri Sarawak yang perlahan-lahan ingin memajukan kemudahan infrastrukturnya. di mana suara anak mudanya yang menentang arus utama? terlalu banyak isu kompleks muktahir yang boleh ditulis tentang negeri Sarawak selain cerita-cerita Rajah Brooke atau Rentap.
jika kelak pada 27 November, seorang lelaki dengan tubuh berbau lumpur dan rambutnya ditiup angin masin dari sungai, hadir untuk menerima hadiah kerana buku kumpulan cerpen Selamat datang Ke Malaywood dipilih sebagai pemenang, di dalam kepalanya masih berfikir tentang ketidaksempurnaan fiksyen. sesungguhnya dia maklum, dunia bukan sebuah kediaman yang serba indah dan kerana itu manusia terus menulis tentang apa sahaja berkaitan kehidupan.
roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-91727321276993495482013-09-20T11:55:00.001+08:002013-09-20T16:10:52.741+08:00seminar dan minum kopidua hari lepas saya telah mengirim manuskrip kumpulan cerpen terbaru ke rumah penerbitan terkenal. awal tahun ini, saya memang sudah merancang mengumpul bahan-bahannya. Murakami sudah pun menerbitkan novel terbaharu. tidakkah anda cemburu melihat lelaki berusia 60an itu kekal berperut papan? saya tidak produktif, tetapi kalau tidak menulis, hidup saya yang membosankan akan semakin membosankan. hari-hari tonton televisyen, hari-hari baca status fb orang, hari-hari tekan LIKE di akaun instagram kawan.
saya percaya, menerbitkan buku itu lebih utama berbanding aktiviti-aktivi lain. karya sastera perlukan metafora baharu. kerja penulisan yang baharu. tanpa buku, tiada gunanya puluhan aktiviti kesusasteraan di sana sini. tanpa menerbitkan buku, usah bercakap tentang kelestarian sastera. khayalak sastera kita masih amat menyedihkan. jika sesiapa rajin bertandang pada hari raya, berapa buah rumah memiliki rak buku yang penuh di ruang tamunya selain sofa baru dan bunga-bunga plastik?
adat penulis, mereka tidak akan berpuas hati dengan apa yang sudah ditulis dalam buku sebelumnya. mengapa cerita yang tulis sebelumnya belum cukup mantap? mengapa watak utamanya kurang terseksa? mengapa Roberto Bolano menulis lebih bagus daripada saya? mereka akan menulis lagi tanpa mempedulikan benarkah Korea Selatan mengalahkan Malaysia dalam sukan sepak takraw. mereka tidak mempedulikan siapakah yang membentang kertas kerja dalam seminar di dewan, pertemuan di hotel, simposium di tepi laut, yang seperti dimaklumi - hanya tinggal kertas. selebih itu, ialah minum kopi dan bergambar.roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-2775264900339136002013-08-22T09:50:00.000+08:002014-03-11T11:36:09.506+08:00metafora buat-buatan"metafora yang berlebih-lebihan, sepertinya dibuat-buat." - Marsli NO.
duduk semeja dengan penulis berkarakter seperti Marsli NO masa majlis hari terbuka ITBM Isnin lalu, sentiasa saja perbicaraan lebih menjurus kepada dunia sastera - penulisan kreatif. hanya itu isu pembukaan bicara yang barangkali menyenangkan jika disembangkan sesama penulis. dia mengeluarkan manuskrip yang bakal dijadikan buku sedikit masa lagi. tenaga kreativitinya sentiasa menaik dari tahun ke tahun. sementara beberapa penulis seusianya mula memudar untuk bereksperimen.
dia menyebut nama Chairil Anwar yang dirasakan beberapa sajak terkuatnya tidak terlalu menekankan penggunaan kata-kata puitis apatah lagi metafora yang tidak perlu. sajak AKU dijadikan epitome. saya setuju dengan pandangan Marsli NO. T Alias Taib, SN Baha Zain dan SN Muhammad Haji Salleh membina reputasi dalam genre persajakan dengan keutuhan bahasa tersendiri. sangat jarang saya melihat beberapa sajak mereka yang mendayu-dayu nadanya. sinis malahan.
apakah metafora perlu dilebih-lebihkan agar karya bertambah berkualiti? dengan kepesatan perkembangan sastera semasa, sesiapa sahaja pasti tidak lagi berasa kagum dengan kata-kata seperti " kolam penderitaanku semakin penuh" atau " pagar kesabaranku kian mereput." ia kedengaran ketinggalan zaman atau terlalu mengada-ada pada pendengaran masa kini.
lihat bagaimana sajak Tukang Pistol karya T Alias Taib yang sangat magical kepada saya. apakah sajak itu dibina dengan bahasa bersolek metafora? demikian sajak Pencuri yang tajam dan mengusik imaginasi kita. penyair berpengalaman seperti T Alias Taib mengundang ketakjuban pembaca dengan kata-kata jernih yang sangat dekat kepada fahaman umum.penyair muda berhutang kepada kecerdikan T Alias Taib mencipta sudut baharu dalam teknik penulisan sajak.
metafora yang dibuat-buat menggambarkan percubaan si penulis untuk menarik perhatian akan kehebatan permainan bahasanya. saya fikir metafora ada had dan jika diletakkan di tempat yang tepat, ia menjelaskan kematangan si penulis itu. kata-kata dalam sajak kedengaran mengelirukan kerana penggunaan metafora yang tidak terkawal. zaman moden ini, siapa lagi yang tertarik dengan bahasa yang berbunga-bunga? bahasa yang kedengaran sering diucapkan seharian, seperti terdapat dalam sajak-sajak Latif Mohidin, bahkan lebih mendalam dan misterius penyampaiannya.
mahu tidak mahu penulis mesti mencipta metafora baharu yang berbeza berbanding terdahulu. metafora yang tidak mengulangi apa yang telah digunapakai oleh penyajak sebelumnya. metafora yang barangkali lebih segar dan sealiran dengan keadaan masa kini. sesuatu yang simple tetapi moden. di dalam novel-novel Haruki Murakami, contohnya, terdapat metafora-metafora yang urban bunyinya.
"sajak-sajak hipokrit," tambah Marsli NO.roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-32641919582359309252013-08-02T16:55:00.000+08:002013-08-04T11:03:43.880+08:00anti-sasterasaya menemui jargon ini dalam sebuah artikel yang ditulis buat mewawancara atau mengulas kerja penulisan Etgar Keret. apa bezanya dengan avant-garde?
apa maksud karya kreatif anti-sastera? apakah ia menyerupai filem seperti Man Bites Dog arahan Remy Belbaux, misalnya? saya tidak tahu. ia mungkin karya esoterik.
misalnya, dalam kes cerpen Pipes dalam buku The Bus Driver Who Wanted To Be God (Drebar Bas Yang Nak Jadi Tuhan - versi Sufian Abas). apa yang hendak disampaikan dalam naratif ini?
menurut pemahaman klise, jelas cerita ini kosong. namun jika anda membacanya dengan cara yang berbeza, cerpen ini menawarkan sesuatu persoalan. saya memahaminya dari cita rasa sendiri. mungkin ia tentang kosmologi. mungkin tentang satira kehidupan manusia moden. sangat tidak KOMSAS, kan?
pernahkah anda menonton filem pendek Broken Night? apa maksud filem yang mengganggu jiwa itu? penjelmaan malaikat atau pemindahan nyawa?
jauh tahun dahulu, kita dikejutkan dengan novel-novel Iwan Simatupang. apakah gejala atau fenomenanya tetap dari sumber yang sama? anda boleh memanggilnya absurd atau sureal atau apa-apa sahaja. sekarang Wan Nor Azriq ingin melakukan perubahan dalam gaya penulisan novel. saya menunggu dengan penuh teruja.
apalah dia anti-sastera itu? saya fikir ia mungkin penentangan ke atas sejumlah besar bentuk karya kreatif konvensional yang mendominasi kesusasteraan. namun itu tidak sepenuhnya betul.
ia mungkin bukan karya kreatif tipikal yang amat sukar dibaca di dalam akhbar atau majalah. cerita menolak arus majoriti sebegini sering dianggap asing. ia umpama cerita tentang orang jahat yang dibiarkan bebas sehingga ke penghujung cerita. tidak dihukum sebagaimana cerita populis.
jika anda berada di dalam sekumpulan orang-orang tipikal, nasib anda juga sama. anda akan dianggap alien kerana berambut panjang, janggut selekeh dan memakai baju bercetak Jean Paul Satre, misalnya. anda dianggap pelik kerana tidak menonton drama bersiri tiap-tiap petang di TV3.
karya sastera tetap memerlukan tapak cerita untuk dikembangkan. pembaca di sini sentiasa dahagakan cerita sebagai eskapis diri daripada tekanan hidup. disebabkan itu cerita-cerita pop dibiarkan membanjiri pasaran. namun apa yang ditawarkan karya anti-sastera?
jika anda tidak faham kerja penulisan sebegini, ia bukan suatu kesalahan. mungkin ada lebih selesa menikmati kerja penulisan yang biasa ditemui. di situ anda berpeluang mencari mesej atau manfaat daripadanya.roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-51818588799912789112013-05-22T16:07:00.000+08:002013-05-23T09:58:01.757+08:00apa yang sedang berlaku di belakang tengkuk kita?pasir tidak memerlukan nama
batu tidak meminta nama
tanah tidak mendaftarkan nama
kayu tidak sedar apa namanya
ini semua masalah manusia
yang selalu gilakan nama
- petikan sajak Nama - karya SN Baha Zain.
dalam cerpen KERUSI, saya memilih nama Faisal untuk dijadikan protagonis. kemudian saya menyiapkan cerpen bertajuk LIDAH. bahkan nama Faisal sekali lagi diangkat sebagai pendukung utama. cerpen LIDAH belum disiar dan saya mengirimkannya untuk siaran akhbar Sarawak. jika boleh, saya lebih gemar menggunakan nama-nama watak yang mencirikan latar belakang kekampungan. tapi di kampung saya, budak-budak sudah biasa dengan samsung tab, i-pad, seluar jeans skinny dan Najwa Latif.
tahun lalu saya mengerat akhbar Mingguan Malaysia. saya menampal keratan akhbar tersebut di dinding. dan membaca berulang-ulang tajuk GADIS DITAHAN BUANG BAYI DALAM BALDI. kisah masyarakat sebegini menyedihkan sesiapa sahaja. wanita itu masih berusia 22 tahun dan belum berkahwin. saya tahu, saya tertarik dengan tajuknya. disebabkan itu saya melekatnya di dinding, tempat pc diletakkan.
"setelah disiasat, suspek menunjukkan lokasi dia membuang bayi berkenaan dalam baldi yang ditutup dengan kain di rumahnya."
nah, di situlah saya mendapat idea menulis cerpen BALDI. tajuknya yang saya ambil. kisahnya jauh berbeza. saya menulis dengan perspektif lain yang tiada kena-mengena dengan isu pengguguran bayi. orang yang berada di dalam baldi itu bukan bayi dan bukan juga lelaki dewasa berusia 40 tahun. itu hanyalah simbolik. mimpi dijadikan medium perantaraan naratif itu. mungkin saya menulis tentang kekeringan perasaan sepasang suami isteri. mungkin juga saya menulis tentang krisis masyarakat di dalam bandar. terima kasih kepada Dr. Awang Azman Awang Pawi yang mengulas cerpen tersebut di dalam majalah Dewan sastera Mei.
sekarang, segala-galanya boleh dijadikan ilham untuk menulis. selepas pru13, Malaysia tidak lagi seperti dahulu. atau mungkin kekal seperti tahun 1950-an. masyarakat semakin arif tentang hak asasi dan pembentukan kerajaan. ramai mahasiswa yang berani menggegar di ruang awam untuk menyatakan pandangan dan hujah. anak-anak muda mula menulis dengan sorotan kitikal tentang sebarang isu besar. ini bukan zaman untuk menganggukkan kepala tanpa soal periksa. bahkan inilah zaman salah-menyalah dan media menjadi landasan sosial yang aktif. PM bukan lagi jawatan selesa pada masa kini.
isu black out, penangkapan Adam Adli, GST, pendidikan percuma atau kesedapan rojak ayam di restoran jalan Bellamy. tapi, bilakah masa yang sesuai untuk menulis? masing-masing sibuk menghantar komen dan menekan LIKE di FB orang. juga termasuk saya. setiap hari ada sahaja perkara baharu yang dibawa oleh laman sosial. pautan demi pautan dipaparkan. maka saya terkenangkan jargon "keyboard warrior" yang kedengarannya mengejek secara senyap. dunia tetap terus berputar. di manakah seniman boleh bersembunyi daripada keserabutan ini? di restoran mamak tanpa perkhidmatan wifi?
"when you're writing, you don't owe anything to anyone" - kata etgar keret.roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-28609590757640152222013-05-12T19:10:00.000+08:002013-05-12T19:10:01.231+08:00Odisi Bulat Dalam Novel Anak Mat Lela Gila
Judul: Anak Mat Lela Gila
Pengarang: Ishak Haji Muhammad
Penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)
Tahun Terbit: 2012
Jumlah Muka Surat:184 Halaman
Harga: RM20.00
No. Resit: ITBM02000005
Halaman terakhir novel Anak Mat Lela Gila
ditutup. Saya berpuas hati dengan cerita yang ditulis sekitar empat puluh tahun
dahulu itu. Kopi panas dihirup dengan senyuman. Imaginasi saya digetarkan oleh
usaha pengarang menerapkan peranti magis untuk menggerakkan ceritanya. Saya
tidak dapat melupakan bagaimana mimpi bertemu Tuan Puteri di Taman Sedia,
perjalanan hidup Bulat berengsot sehingga bersatu dengan ibu kandung sendiri.
Menggunakan mimpi sebagai medium perhubungan di alam nyata, suatu keajaiban
kepada saya yang meminati teknik penulisan realisme magis. Genius. Sebaliknya
jika pertemuan semula keluarga itu dibantu oleh jaringan laman sosial seperti
Facebook, ia bukan lagi suatu keluarbiasaan pada masa kini. <o:p></o:p>
Selesai
membaca novel Anak Mat Lela Gila, saya terfikir sejauh mana kerelevanan
isi ceritanya untuk dikaitkan dengan keadaan masa kini yang serba kacau dan
kompleks? Bukan berlebih-lebihan dikatakan pengarang-pengarang masa silam telah
berperanan lebih sekadar daripada tukang cerita. Dalam kesederhanaan
penceritaan, mereka menegur secara tersirat. Saya menyedari aspek itu ketika
karya-karya sastera masa kini dipersoalkan arah matlamatnya. Sebagai pembaca
karya sastera, saya mahukan lebih daripada keindahan artistik atau kelunakan diksi.
Saya menunggu penuh debar kemunculan karya-karya yang mengejutkan massa. Di
bumi Malaysia, kita memiliki deretan khazanah persuratan silam yang luar biasa
struktur penulisannya.<o:p></o:p>
Maka,
langkah ITBM menerbitkan semula karya-karya penting tokoh persuratan negara
terdahulu amat wajar ketika wawasan 2020 berbaki tujuh tahun lagi. Ia
mengembalikan khazanah-khazanah silam akan kepintaran pujangga bangsa Melayu
menenun jalinan kisah-kisah berteladan. Ia menjentik fikiran kita bahawa banyak
perkara yang semakin dilupakan. Tiada sesiapa yang boleh menafikan bahawa
sejarah dan kesilapan manusia berulang. Disebabkan itu penulis merakamkan sisi
hitam masyarakat ke dalam bentuk kreatif sebagai alternatif untuk dijadikan
ruang bersantai sambil berfikir. Karya-karya sastera yang bermanfaat kepada
pembacanya kerap menggoncang kesedaran intelektual untuk memperteguh jati diri.
Betapa berharganya karya persuratan berbanding emas permata. <o:p></o:p>
Izinkan
saya menahan anda sebentar dengan berkongsi ulasan secara longgar sebuah novel
yang menaikkan nama pengarang tersohor ini suatu ketika dahulu. Saya maklum
novel ini sudah beberapa kali disentuh oleh sekian ramai pengkaji sastera
Melayu. Saya bergembira kerana akhirnya dipertemukan dengan hasil nukilan
pengarang tersohor ini. Mengapa nama pengarang ini sering disebut-sebut
selayaknya Sasterawan Negara? Apakah kelebihan yang ditemui melalui hujung mata
penanya berbanding pengarang-pengarang tersohor terdahulu? Novel setebal 164
itu boleh dihabiskan dalam masa sejam kerana kelancaran penceritaannya. Sejujurnya,
ia sebuah kisah sederhana. Bahkan sebuah kisah melodrama klasik yang berpusar
dengan watak utama bernama Bulat. Sebagai watak dominan, Bulat mengembara ke
pelbagai tempat seiring dengan peredaran usianya. Budaya orang Melayu dahulu
merantau mencari ilmu dan pengalaman, bukanlah suatu yang asing didengari kita
ketika ini.<o:p></o:p>
“Demikianlah
riwayat hidup si anak yang bernama dan dikenali dengan nama Bulat itu. Dalam
masa tiga belas bulan sahaja ia bertukar kepada tiga empat tangan mulanya dari
ibunya sendiri kepada Mat Lela yang dikatakan seorang yang tidak siuman
fikirannya dan tidak berapa lepas itu jatuh pula ke dalam tangan Johari dan
Permai sekelamin peladang yang hampir-hampir putus ikatan perkongsian. Bukan
itu sahaja, bahkan Bulat sudah menjadi seorang kanak-kanak yang masyhur,
menjadi cerita di dalam kampung-kampung dan sebutan beribu-ribu orang kerana
keadaannya yang ganjil..” (halaman 37, Anak Mat Lela Gila)<o:p></o:p>
Nama
dan novel-novel karya Ishak Haji Muhammad sering dikaitkan dengan misi besar pengarangnya.
Setiap karya menjadi senjata halus bertujuan mengecam pihak penindas. Ayat-ayat
dipilihnya sangat radikal buat menyedarkan bangsa betapa penting berjiwa berani
dalam menuntut hak dan maruah sesebuah negara berdaulat. Dengan latar akademik
yang baik dan tokoh utama sebagai pengasas akhbar Utusan Melayu, pengarangnya
bukan sembarangan manusia. Bekalan intelektual itu menyokong pembaharuan isi
naratif yang dibinanya menjadi landasan menyampai amanat sosial. Apabila saya
membaca di laman sesawang yang menyebut kecenderungan Ishak Muhammad yang lebih
gemar menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja, memberikan gambaran
unik kepada karakternya. Maka, tidak mustahil keanehan pengarangnya tumpah di
dalam karya kreatif itu sendiri. Dan watak bernama Mat Lela jelas melintas
dalam skrin ingatan saya. Ini membuatkan saya segan ketika menyoroti kerja
penulisan sasterawan tersendiri ini.<o:p></o:p>
Membaca
novel-novel Ishak Haji Muhammad kerap menyebabkan pembaca tersentak oleh
kepedasan diksi pengarangnya. Tiada berbasa-basi ketika menikam sindiran. Namun
apakah ia mampu diserap ke dalam jiwa generasi baharu yang ingin hidup bebas
dari beban orang-orang tua dahulu? Ini zaman menuntut ketelusan dari pihak
pemerintah tempatan dan bukan lagi berjuang menuntut kemerdekaan daripada
penjajah asing. Generasi sekarang semakin kritikal mengawasi setiap apa yang
dilakukan oleh pihak atasan. Penjajahan bentuk baharu bahkan semakin merenggut
dari dalam. Demikian kesenangan pada hari ini hampir membutakan kita kepada
kepayahan silam yang dipikul di atas bahu negarawan-negarawan tulen. <o:p></o:p>
Suatu
persoalan yang sangat menguja kepada penulis dan pembaca pada masa kini ialah,
bagaimana penilaian mereka terhadap kualiti kerja penulisan oleh
pengarang-pengarang terdahulu? Apakah kerja penulisan pengarang-pengarang
dahulu sekadar terkurung di dalam hal-hal mistik, sentimental kekeluargaan atau
cumbu rayu pasangan kekasih yang tiada kesudahan? Tunggu, sasterawan istimewa bernama
Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako menepis jangkaan audiens dengan renungan jauh
melalui novel-novel monumentalnya. Sejujurnya, saya berbelah-bahagi ketika
memilih novel Anak Mat Lela Gila untuk ulasan ini. Saya tidak menolak novelnya
termasuk Putera Gunung Tahan juga memukau. Keghairahan saya kepada
perkembangan kesusasteraan moden terkini perlahan-lahan akan dipatah dua.
Separuh atau mungkin sepenuhnya digunakan buat menghayati kesusasteraan klasik
kita.<o:p></o:p>
Belum
pun sempat membina draf pengenalan, saya yang hidup dengan membaca karya-karya tulisan
pengarang-pengarang pasca moden, terkesima oleh beberapa dialog di dalam novel
ini. Nada-nadanya menyiat di bawah sedar hati dan fikiran para pembaca. Bahkan
kesan sinisnya berdesing ke telinga manusia-manusia moden. Urat dan kulit kita
bagaikan terhiris dari dalam. Namun dikutip terlebih dahulu dialog terawal yang
menyebabkan saya kegamaman, daripada Mat Lela kepada anak angkatnya, diberi
nama Bulat. Lihat dialog yang menembusi sempadan masa di bawah ini, membuatkan
kita tersinggung dan menahan air muka;<o:p></o:p>
“Orang-orang
pada zaman akan datang akan gemar sekali bercakap-cakap pada perkara-perkara
yang mereka tidak tahu, merendahkan mutu orang lain: menghina dan mencela
dengan tidak usul periksa lebih dahulu dan dengan tidak bersebab apa-apa.”  (Halaman 25-26, Anak Mat Lela Gila).<o:p></o:p>
Novel
ini dimulakan dengan sesuatu yang tidak lazim. Kita tahu watak Bulat akan
sentiasa berpindah-randah. Suatu kejadian telah berlaku dan dia dipertemukan
dengan seorang lelaki yang dikatakan memiliki beberapa kepandaian. Alang, orang
terpenting etnik Sakai mengajar dan menurunkan pelbagai kepandaian kelangsungan
hidup di dalam hutan kepada Bulat. Bulat menyerahkan hidupnya kepada takdir
tanpa membantah. Di depan Bulat yang masih berusia sekitar 12 tahun, Alang
melontarkan dialog yang tidak kurang ngilunya; “Apabila kita berpecah-belah
maka puak-puak kita pun jadi kecil; kampung halaman, rumah, periuk, dan
bilangan kita jadi kecil; dan hati serta cita-cita atau angan-angan kita
pun jadi kecil.” (halaman 115, Anak Mat Lela Gila)<o:p></o:p>
Bagaimana?
Tidakkah benar kenyataan yang diterbitkan pada tahun 1960 itu? Adapun novel Anak
Mat Lela Gila ini dikembangkan dalam enam belas bab, yang masing-masingnya
diberi tajuk sebagai pembayang kisah. Sebagai pembaca masa kini, kita menerima
kaedah naratif begini untuk disejajarkan dengan tahap audiens ketika itu. Namun,
apakah ceritanya menarik untuk memenuhi selera sastera generasi baharu? Sepanjang
cerita berkembang, plot berarus lurus dan pada bahagian hujungnya berkelim dengan
elemen menyenangkan. Saya fikir pembaca berasa puas hati dengan cara penamat dipilih
pengarang. Apabila kesemua watak utamanya berangkat ke Mekah, secara diam-diam
pengarang menyampaikan pesanan keagamaan. Betapa indah dan mempesonakan nikmat
dunia diharungi, lambat-laun manusia wajib menuju ke pangkuan Tuhan. <o:p></o:p>
Gambaran
secara umum itu mungkin kurang adil jika pembaca tidak menyorot beberapa
kesulitan dan tekanan psikologi yang terpaksa dialami oleh Bulat sewaktu masih
kecil sehingga remaja. Saya tidak berdaya untuk membentangkan semula ceritanya
dari sebuah babak ke sebuah babak. Namun saya berpuas hati kerana telah
memasuki sebuah naratif silam yang tidak kalah menariknya. Memadai buat saya
menayangkan sepintas lalu beberapa kejadian penting yang melibatkan watak
utamanya, Bulat. Nama yang kedengaran langka kepada kita yang hidup bersosial
di laman maya.<o:p></o:p>
Kita
berundur ke babak-babak permulaan kisah yang ditukang dengan kemas ini. Dengan
kanta pembesar, saya cuba melekatkan imej Bulat dalam ulasan ini. Bulat, watak
protagonis yang menjadi tulang belakang kepada pembinaan novel ini, mendewasakan
diri perlahan-lahan dari bab ke bab seterusnya bermula dengan menempuh nasib
yang menjerihkan. Penyabar dan patuh orangnya. Dikenali sebagai kanak-kanak
ajaib kerana kemunculan dan kekaburan latar belakang keluarganya. Pada suatu
hari, untuk dijadikan cerita; alangkah mengharukan apabila Bulat yang masih
bayi ditinggalkan sendirian di dalam sebuah rumah oleh ibu kandung sendiri. Rupa-rupanya
adegan itu menjadi kunci utama kepada novel itu. Kita tahu dia, Bulat, tidak akan
dimatikan sebelum cerita berkembang dengan tidak disangka-sangka masa depannya
bersinar di Singapura. Menjadi penyanyi. <o:p></o:p>
Bahkan
dituliskan kemunculan watak utama di dalam bab pemula, Bulat Datang
Menggolek, sebagai gambaran visual sebelum kedatangan watak utama bernama
Bulat. Ternyata bentuk bulat mempunyai besar pengaruhnya dalam kehidupan
seharian seperti yang ditulis secara deskriptif oleh pengarang untuk mengiaskan
liku-liku perjalanan hidup watak utama bernama Bulat. Bulat, sebagaimana
namanya, bergolek ke sana sini diheret takdir. Saya tidak menjangka semasa
meniti usia remaja, Bulat dikenali sebagai penyanyi dengan bantuan mistik buluh
perindu setelah hidupnya bertolak ke merata tempat. Dan ini mempesonakan saya
oleh kebijaksanaan pengarangnya. Pengarang tidak tergesa-gesa menurunkan huruf,
malahan disisipkan falsafah makna sesuatu ciptaan Tuhan buat direnung.
Bayangkan jika pengarangnya masih wujud ketika ini.<o:p></o:p>
Ulasan
ini tidak mengikuti ceritanya secara kronologi kerana saya lebih berminat
mengulas naratif melodrama ini tanpa urutan. Biarkan pengarang novel itu
sendiri berkisah sementara saya melihat kandungan cerita tanpa mengekori setiap
pembabakannya. Dengan sentuhan pengarang, kita boleh mengesani bagaimana kisah
perjalanan Bulat sebelum menemui ibu bapa kandungnya dilipat menjadi dua babak
secara tertib. Saya pada mula menjangkakan Mat Lela menjadi watak dominan yang
memegang haluan cerita sehingga ke penghujungnya. Watak Mat Lela yang eksentrik
itu sekadar bertahan dalam beberapa bab awal apabila dia dimatikan oleh
pengarang. Ini sedikit mengecewakan saya yang berharap dia menjadi hero novel. Saya
ingin tahu mengapa namanya dijadikan tajuk novel dan mengapa tidak Bulat yang
kekal hidup bernafas hingga hujung halaman?<o:p></o:p>
Dikhabarkan
Mat Lela meninggal dunia setelah bersedih dirundung pukulan emosi apabila anak
angkatnya, Bulat, hilang secara tiba-tiba. Dunia yang bercahaya mendadak gelap
buat Mat Lela. Bulat yang muncul secara tidak diduga seakan anugerah Tuhan
kepadanya buat mengubati kekecewaan batin. Kita maklum tujuan watak pelik ini
membina patung-patung menyerupai alat kelamin lelaki bukan tanpa bersebab. Siapakah
Mat Lela dan siapakah Bulat? Latar belakang kedua-dua watak ini menjadi bulatan
misteri kepada saya. Melalui mata pena pengarangnya sendiri, kita didedahkan
keanehan sikap yang dimiliki oleh Mat Lela pada halaman 20. Sesudah itu, sebaik
sahaja Bulat dibesarkan oleh ibu dan bapa angkatnya, Johari dan Permai,
keutamaan Mat Lela ghaib di balik muka surat seterusnya. Dunia Mat Lela yang
tidak tersingkap dan kemelut jiwa Bulat serta konflik watak-watak sampingan, menyendengkan
ceritanya dekat kepada pengisahan tipikal karya kreatif silam. <o:p></o:p>
Saya
suka pelukisan karakter Mat Lela yang amat relevan dengan jiwa revolusioner
anak muda masa kini. Sekiranya anda dan beberapa kawan anda berambut panjang
ketika ini, label negatifnya masih kekal sebagai kumpulan minoriti dalam
sesuatu masyarakat di sini. Mat Lela mencirikan pemberontakan jiwa seseorang
individu yang ingin lari daripada kebiasaan. Bahawa lelaki bernama Mat Lela
ialah seorang gila kerana membuat rumah-rumah kecil dan bangku di dalam sebuah
hutan. Berambut panjang tanpa janggut dan misai, suka merayau-rayau, memilih
untuk menyendiri dan gemar membersihkan halaman masjid namun tidak pernah
mendirikan solat di dalam masjid yang dibersihkannya. Apakah maksudnya? Saya
belum mengerti kiasan sepelik ini sebagai sindiran kemasyarakatan. Namun
rupa-rupanya mesej yang barangkali cuba disampaikan oleh pengarang merujuk
kepada sebersih mana iman manusia yang rajin menunaikan ibadat? Saya harap
maksudnya lebih daripada itu.<o:p></o:p>
Bahkan
dibina patung-patung menyerupai organ seks lelaki secara sengaja dan menolak
wang kertas yang dianggap pembawa bencana. Bahagian inilah yang paling
subversif dan lancang. Masyarakat sekitar menggeleng-gelengkan kepala, sahlah
bahawa Mat Lela itu seorang yang kurang siuman. Mat Lela tidak peduli, memang
seharusnya dia berjiwa individualistik untuk menzahirkan perbezaan dirinya
dengan orang-orang di sekitar. Mat Lela menukarkan duit kertasnya kepada
budak-budak untuk digantikan dengan duit-duit syiling. Saya berasa tersinggung
apabila harus mengutip dialog yang cerdas diungkap oleh seorang lelaki dianggap
tidak waras itu; “Itu duit-duit not yang kompeni buat akan menyebabkan
banyak orang hilang akal langsung jadi gila – berkelahi di antara satu dengan
yang lain adik-beradik, sekampung dan seagama.” (halaman 14, Anak Mat
Lela Gila). Ishak Haji Muhammad, kita sedia maklum, berjiwa nasional
dan ini mengangkat wawasan cerita-ceritanya melangkaui zaman dengan memunculkan
dialog-dialog bergeliga ke dalam karya-karya kreatif. Menakjubkan.<o:p></o:p>
Novel
ini selain mengangkut pengembaraan Bulat melintasi beberapa negeri dan
kisah-kisah yang pelik yang dialaminya, ia juga menyedarkan kita betapa
kehancuran iman manusia sering berpunca dari dalam jiwa yang kumuh. Betapa
indah dan bersih penampilan luaran seseorang, ia bukan penanda aras keluhuran
dalaman. Lihat grafik perubahan hati setiap watak-wataknya kecuali Bulat yang
diberi imuniti dan keistimewaan pengarangnya. Kejujuran paparan sikap manusia
sebegini dalam karya kreatif sukar ditemui sekarang. Bahkan Tuan Haji Osman,
seorang yang terpandang, turut tersungkur tatkala berhadapan dengan longgokan
material di depannya. Atas alasan apa kita menafikan kebenaran yang ditamsilkan
oleh pengarang unik itu ketika ini? Dan isu-isu sedemikian menolak perhatian
pembaca untuk menelusuri kisah sedih yang ditanggung oleh ibu bapa kandung
Bulat. Mengapa dia ditinggalkan sendirian di sebuah tempat asing oleh ibu
kandung? Apakah yang mendorong perbuatan ibunya? Sedih benar kisah percintaan ibu dan bapa
Bulat. <o:p></o:p>
Sebelum
Bulat yang masih hijau akan mainan tipu daya dunia mengembara jauh membawa
untung nasib, pengarang membabarkan kepada pembaca akan terminologi gila
menurut pemahamannya dalam bab pengenalan. Ini penting, kerana individu yang
pertama kali menemui Bulat merupakan lelaki yang berperwatakan ganjil dan aneh
menurut tanggapan orang-orang di sekeliling. Dia ialah Mat Lela yang lebih
dikenali sebagai Lela Gila. Di bawah perhatian dialah, Bulat dipelihara,
memberi perlindungan dan meneruskan hayat hidup Bulat di dalam sebuah pondok
kecil ciptaan Mat Lela. Aneh, bagaimana individu berjiwa penyayang ini dianggap
gila oleh masyarakat sekeliling? Keanehan seseorang itu bermula apabila
perspektif atau sudut pandang yang berbeza antara individu dengan pemahaman
majoriti. Saya semakin suka dengan watak Mat Lela lebih daripada Bulat.<o:p></o:p>
Di
dalam bab bertajuk, Gila, Pandir dan Sasau, mari kita berkongsi
pengertian penyakit mental ini melalui mata pena novelis. Di samping berkisah,
dengan campur tangan pengarangnya, beliau seakan-akan melayangkan pandangan dan
menurunkan pesanan masyarakat tentang takrifan gila. Demikian, sekali lagi,
nadanya mungkin menyebabkan kita terturis perasaan ketika membaca pada masa
kini; <o:p></o:p>
“Alangkah
payahnya hendak menerangkan makna perkataan-perkataan yang di atas ini (Gila,
Pandir dan Sasau) teristimewa pada zaman sekarang kerana banyak benar
perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan yang dikaitkan atau dicantumkan dengan
perkataan-perkataan itu seperti dikata, gila perempuan, gila pangkat, gila
kebangsaan, gila talak, gila agama, hingga dunia sekarang pun pernah dikata
dunia gila? Siapakah yang tidak pandir dan siapakah yang tidak sasau pada zaman
kini?”  (halaman 7, Anak Mat Lela
Gila).<o:p></o:p>
Alangkah
tepat sindiran itu menyampai ke abad 21. Di mana kita hendak meletak muka? Di
balik banjaran Titiwangsa? Kesemua watak yang diangkut di dalam novel ini
menanggung beban psikologi masing-masing. Ceritanya bermula dengan beberapa
adegan sedih, suram, hitam sebelum dilimpahi cahaya pada bahagian hujung. Sebagai
pembaca masa kini, kita tidak mungkin mengharapkan adegan terperinci pergolakan
batin setiap wataknya melalui pendekatan psikoanalisis terkini. Harus Bulat
berputus asa oleh konflik batin yang tidak termampu ditanggungnya. Hidup tanpa
identiti diri bukan suatu perkara yang menenteramkan peribadi.<o:p></o:p>
Bermula
dengan Mat Lela yang entah mengapa terus diperkenalkan kepada kita sebagai
lelaki kurang siuman yang menjaganya seketika. Kemudian kehilangan Bulat, anak
angkat yang menjadi sumber kekuatan semangatnya semula, setelah terkandas dalam
percintaan yang tidak diperikan oleh pengarangnya, menjadi tamparan kepada
jiwanya yang baharu sembuh. Mat Lela meninggal sesudah itu. Kita juga dibawa
sebab musabab ibu dan bapa kandung Bulat tiada kemampuan untuk memelihara
sebagaimana sepatutnya. Situasi sebegini masih berlaku ketika ini, bahkan kes
penjualan bayi berleluasa di beberapa negara. Namun ibu Bulat ada sebab
tersendiri. Ragam percintaan dahulu berbeza dengan suasana percintaan pada hari
ini. Watak-watak mula bertambah apabila kemunculan Johari, Permai, Siti
Johariah, Alang dan seterusnya ibu bapa kandung Bulat sendiri. Di dalam
lingkaran yang sempit, novel ini mengisahkan pertautan persaudaraan. Ikatan
tradisi yang sukar dipecahkan oleh apa sahaja anasir. <o:p></o:p>
Setelah
bergembira dan bergurau-senda dengan anak kecil yang ditemui di dalam sebuah
rumah kecil binaannya, sudah tentu sungguh berat kepada batin Mat Lela untuk
menerima kehilangan insan kesayangan itu. Namun, apa yang sedikit mengecewakan
saya ialah motif Mat Lela membina rumah-rumah kecil dan bangku yang menciptakan
sebuah taman yang tersorok di balik hutan. Sungguh, saya berasa sedikit
ragu-ragu apabila disingkap tujuan pembinaan taman di balik hutan oleh Mat
Lela. Harapan saya bahawa pembinaan taman itu sebagai paparan metafora yang
lebih besar maknanya, berkecai sebaik sahaja mendengar pengakuan Mat Lela Gila;<o:p></o:p>
“Sebenarnya
aku jadi gila ini sebab cintaku kepada seorang lain: seorang perempuan yang aku
harapkan jadi kongsi hidupku, tetapi orang itu jadi angan-angan sahaja kepada
ak kerana ia sudah berpindah jauh. Aku buatkan taman baginya di sini, aku
buatkan rumah-rumah ini, aku buat batu-bata itu cuma sebagai angan-angan –
seumpama mimpi sahaja dengan harapan moga-moga roh aku dengan roh perempuan itu
bercantum di dalam batin.” (halaman 29, Anak Mat Lela Gila) <o:p></o:p>
Namun
kegusaran saya segera dipulihkan apabila Mat Lela menyatakan tujuan dibinanya
batu-bata yang diambil dari tanah liat dari tebing tasik: “Lagi satu tujuan
aku membuat batu-bata ialah hendak menunjukkan kepada orang ramai bahawasanya
jika usaha, kita boleh menyamai orang-orang atas angin, membuat rumah-rumah dan
gedung-gedung batu, membuat wang kertas sendiri dan memerintah negeri sendiri.”
(halaman 23-24, Anak Mat Lela Gila). Saya menarik nafas lega mendengar
pengakuan daripada Mat Lela. Ia lebih jauh bermakna. Sungguh, Mat Lela memiliki
mesej besar yang malangnya gagal difahami masyarakat kerana beranggapan, apalah
yang ada dalam fikiran orang gila. Masyarakat kita sehingga kini mudah
dicairkan oleh penampilan luaran.<o:p></o:p>
Roda
cerita melengkung dengan lebih jauh. Sebagai pembaca masa kini, sekali lagi
pengarang novel ini menyindir tentang keghairahan manusia-manusia tempatan yang
menyalin budaya asing ke dalam kehidupan mereka. Babak ini mengubati kekecewaan
sebentar saya akan sifat eksentrik Mat Lela tadi. Pengembaraan Bulat seterusnya
ialah ke tanah tinggi Cameron Highland bersama-sama sepasang lelaki dan
perempuan, yang tidak diberitahu sama ada kedua-duanya sudah bergelar suami
isteri atau belum. Babak ini berlaku betul-betul di pertengahan novel ini. Setelah
kehadiran Bulat tidak diperlukan oleh Johari yang berkahwin buat kali kedua
dengan seorang wanita bernama Siti Johariah yang ditemuinya di Kelantan.
Perkahwinan kali kedua itu hanya memerangkap Johari yang menjadi mangsa keburukan
hati isteri baharunya. Bulat dihalau oleh kehendak Siti Johariah. Pandangan
mata Bulat berkelip kebasahan mengenang keanehan-keanehan yang dilaluinya. Ada
apa dengan manusia-manusia dewasa?<o:p></o:p>
Bulat
mengikut sahaja ke mana akan dibawa oleh pasangan muda yang berminat mengupahnya
bekerja sebagai budak suruhan. Melihatkan keganjilan perilaku dan pemakaian
kedua-dua tuannya itu, bertambah peliklah Bulat akan fenomena dunia baharu yang
ditempuhinya. Melalui mata kanak-kanak, Bulat menyuarakan rasa kehairanan - “Ia
belum pernah melihat perempuan Melayu pakai seluar mandi yang singkat hingga
nampak pangkal paha, tetapi perempuan muda yang hendak membawa akan dia ke
Cameron Highland jadi tukang cuci kereta itu begitulah pakaiannya pagi dan
petang apabila turun mandi bersama-sama dengan suaminya. Rambut perempuan itu
pendek kerinting seperti rambut orang jantan.” (halaman 95, Anak Mat
Lela Gila)<o:p></o:p>
Pada
bahagian-bahagian sebelum halaman novel ini menipis, Bulat meniti saat-saat
manisnya bergelar sebagai penyanyi. Liku-liku bergerigi yang menyeksa
perjalanan awal hidup menjadi pengalaman mematangkan Bulat. Jika novel ini
diadaptasikan ke dalam medium filem, saya fikir tidak menjadi kesukaran kepada
pengarah untuk menzahirkan kisahnya. Garis permulaan kisah yang rencam dengan
kepayahan, disudahi dengan tangisan kegembiraan di dalam dakapan seorang
penyanyi wanita tersohor bernama Elis Sakti iaitu ibu sebenarnya. Kemudian
baharulah bapanya Alang Sukarti dipertemukan, lalu menyimpul ikatan sebuah
perjalanan hidup Bulat. Tirai pementasan cerita dirapatkan dan lampu dipadamkan
perlahan-lahan dengan iringan senyuman Bulat tinggal menjadi ingatan di skrin.
Ini pementasan besar kehidupan sosial.<o:p></o:p>
Novel nipis sederhana dan ringkas ini,
sebenarnya menyirat pelbagai maksud lapisan. Dalam kesederhanaan bentuknya,
pengarang melukiskan rakaman sosial perjalanan magis Bulat berselisih dengan
pelbagai keanehan dalam hidup seawal usia remaja. Jika pembaca menganggap
bahawa novel ini sekadar separuh dongeng, apabila watak utama mendapat
perkhabaran dari mimpi serta kesaktian buluh perindu, maka haruslah ia menepati
istilah karya fiksyen yang datang dari alam persuratan Melayu. Sebuah dunia Timur
yang menawarkan pelbagai elemen artistik luar biasa. Suatu kebanggaan naratif
klasik yang harus diraikan. Pengarangnya secara bersahaja menaburkan titik-titik
hitam di dalam kehidupan masyarakat dan menegur kealpaan yang berlaku dan masih
berlaku sehingga ke hari ini. Mengapa dipilihnya Bulat sebagai watak utama?
Mengapa didedahkan kepincangan rumah tangga? Mengapa disindirnya bolak-balik
hati seorang yang luarannya berimej warak? Pengarangnya bukan semata-mata
berkisah. Sasterawan rakyat yang mendahului zaman.<o:p></o:p>
Tanpa
kelihatan mengajar pembaca, novel yang ditulis daripada salah seorang tokoh
pemikir bangsa ini, masih mempersoalkan isu-isu sosial yang masih berdenyut
ketika ini. Hidup di dunia masa lalu dan masa kini sama kompleks dan rencamnya.
Sebelum saya menyudahkan ulasan panjang lebar ini, saya kutip kembali dialog
daripada Bulat. Dialog yang menggugah itu tercetus ketika Bulat harus berkelana
sekali lagi di dalam hutan negeri Pahang. Dialog yang masih terngiang-ngiang di
telinga saya. Selama dua tahun Bulat mengikuti Alang berguru kepada alam semula
jadi, timbul kemusykilan di dalam fikiran mudanya. Apa sebenarnya yang berlaku
dalam kehidupan di luar sana? Dengan seribu persoalan yang bermain dalam
kepalanya, Bulat melontarkan soalan kepada Alang malahan kepada kita yang hidup
pada masa kini. Dengar baik-baik;<o:p></o:p>
“Apakah
sebabnya kaum Sakai dan juga kaum Melayu dalam Tanah Semenanjung ini miskin dan
hidup merana, hina, dan diperhambakan orang? (halaman 114, Anak Mat Lela
Gila).
roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-34021452479286922902013-05-08T16:40:00.002+08:002013-05-08T17:24:28.994+08:00menunggu buku"the most important thing to me is to write novel that have joy and surprises. if i can do that - if i can do it well, perhaps the reader too will be given the chance to read a novel that has joy and surprises." Haruki Murakami.
suatu malam saya menunjukkan cerita yang sudah siap untuk dibaca oleh isteri. sementara menunggu isteri selesai membaca dan sudah tentu menunggu komen serta kritikannya, saya menonton siaran langsung bolasepak dengan jayanya. beberapa minit kemudian, air muka saya berubah, apabila isteri menyatakan bahawa cerita yang selesai dibacanya kurang menyeronokkan. saya menerima komen dan pandangannya seperti selalu dan membaiki semula agar apabila siap nantinya, cerita itu seronok dibaca. elemen keseronokkan itu penting kepada saya. jika sebuah tulisan yang menyampaikan muatan pemikiran hebat namun tidak seronok untuk dibaca, ia bukan sesuatu yang menggembirakan hati penulis.
di gerai ITBM, saya berkesempatan melihat wajah pembeli buku saya. suatu ketika dahulu saya bertanya kepada isteri, siapa sahaja yang membeli buku saya? isteri saya terdiam, tidak pasti untuk meneka. apakah latar pendidikan mereka? apakah mereka berusia sekurang-kurangnya 30 tahun ke atas? saya tersilap besar. tiga orang pembeli buku saya tampaknya masih muda belia. malahan menuntut di universiti tempatan dan ini tidak dijangka saya sama sekali. salah seorang daripada mereka, mahasiswi universiti tempatan, menyatakan membaca buku saya ketika berada di dalam bas dan berasa suka dengan cerita-ceritanya. ini benar-benar menggamamkan saya. saya sedar diri, nama saya belum mampu mengumpul peminat.
setelah bersembang dengan penulis Marsli NO sambil duduk bersila di tengah-tengah laluan gerai ITBM, saya bertemu dengan seorang pemilik kedai buku dari Indonesia. nama lelaki yang bertubuh tegap itu, berdasarkan pada kad perniagaan yang diberikannya kepada saya, tertera Ir. Azmi. saya berbual-bual seketika dengan beliau tentang fenomena industri buku antara Malaysia dan Indonesia. bahkan beliau menyatakan buku saya, Selamat Datang Ke Malaywood turut dijual di kedai bukunya di Indonesia. dan ini menyebabkan saya melapazkan "sungkan jadinya." memandangkan keramahan pemilik kedai buku itu, tanpa segan silu saya ingin menempah buku-buku sastera dunia terjemahan untuk dibawa ke Malaysia. saya berharap beliau tidak lupa juga membawa buku-buku sastera dari Indonesia.
Ainunl Muaiyanah, editor dari rumah penerbitan ITBM, awal-awal lagi mengkhabarkan bahawa beliau akan memulakan kedai buku. diberi nama kedai buku, Daud Buku. melalui beliau juga saya diberitahu lokasi perniagaan kedai bukunya di Armcop Mall, sama tingkat dengan kedai buku Popular. sudah tentu saya bergembira apabila kewujudan lebih banyak kedai buku dibukakan. saban tahun saya berharap agar rumah penerbitan terkenal dari Indonesia, Gramedia, turut terlibat dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. buku yang bagus dan berkualiti sangat aneh dan magis kerana isi kandungannya tidak memilih sempadan negara.
ketika ini, ketika dinding facebook disarati oleh status berunsur politik pasca PRU13, saya duduk diam menulis. sesekali saya membaca fenomena pasca PRU13 dan berasa gusar dengan apa yang dilakukan oleh media arus utama kebangsaan. berasa segan kerana tidak tampil melibatkan diri denganm polemik di laman sosial, saya mahu fokus kepada projek penulisan buku cerpen seterusnya. projek ini mesti disiapkan dalam tahun ini juga. tanpa fokus dan kerja keras, bakat tidak bermakna - demikian pesan Haruki Murakami sekali lagi. saya juga, ketika ini, duduk diam menunggu buku terbaharu yang, insya-Allah bakal diterbitkan.roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-38257634501871396152013-04-05T00:23:00.000+08:002013-04-05T11:02:27.850+08:00baldibaldi. demikian tajuk cerpen terbaharu saya untuk tahun ini. terbit dalam majalah Dewan Sastera isu April. majalah Dewan Sastera kini berwarna-warni. sejak isu bulan Mac, jika tidak silap. sangat cantik. rugi jika tidak membelinya. jika bukan kita yang menyokong majalah sastera sendiri, siapa lagi? semua peminat sastera mahukan majalah tersebut merakyat. dibaca oleh semua lapisan masyarakat. boleh dibeli di mana-mana kedai selain di kedai buku DBP. dan tidak malu ketika membeleknya di dalam monorel.
baldi merupakan antara cerpen saya untuk projek menulis cerpen 10 muka surat. menulis cerpen sehingga 30 halaman tidak susah. menulis cerpen 1 halaman itu yang perit. antara cepen sepanjang 10 muka surat yang tersiar di media dalam tahun ini termasuk, kasut dan bas seluloid yang terbit dalam akhbar Utusan Borneo. sementara cerpen kerusi terbit dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 6 Januari. ada empat buah cerpen sudah siap dan dikirim ke penerbitan. dan kesemuanya berhalaman 10 muka surat. ini percubaan saya memadatkan prosa. hidup ini singkat, maka, bereksperimen dengan pelbagai bentuk penulisan, siapa tahu, akan sedikit sebanyak mengurangkan kebosanan hidup.
roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-55622263268094062822013-03-30T17:23:00.000+08:002013-03-31T17:36:01.250+08:00realiti"most of my stories are not realistic because i am very much interested in the subjective experience or reality. i dont want to write stories that are factually true, but that are fundamentally true. i am much more intersted in potraying an emotional situation than in a correct ontology of the world."
di atas itu, Etgar Keret yang menjawab soalan daripada wartawan laman Words Without Bordes.
mengharapkan yang manis-manis daripada si pengkritik adalah kesilapan besar buat penulis. jika penulis tidak dapat menerima kritikan ke atas karyanya, dari sudut mana lagi dapat dia memandang kelemahan karyanya? kawan-kawan hanya akan memuji dan ia tidak dapat membuka kekurangan si penulis itu untuk kelihatan. dan kawan-kawan, kebiasaannya sangat takut untuk berjujur menyatakan kelemahan karya si penulis. dengan teguran si pengkritik, penulis akan tersedar betapa kerja penulisannya masih amatur. bukankah si penulis sepatutnya berasa berterima kasih kepada si pengkritik? saya sendiri tidak sanggup lagi mengulas buku-buku yang dihasilkan oleh penulis kenalan. silap-silap dinyahkawan dalam laman sosial.
isteri saya berpesan: maka, jangan ego. terima komen dan kritikan daripada orang lain. lihat dari sudut positif.
kematangan menulis tidak dapat dilakukan dalam masa sehari. kecuali jika anda memang genius. namun genius hanya lahir dari latihan demi latihan. jadi, bagimana hendak memajukan penulisan? salah satu caranya, ialah menerima teguran daripada si pengkritik. siapa tahu, akan muncul karya yang lebih mantap sesudah itu?
saya menulis hal di atas kerana, pada hari ini, di Kuching, buku Selamat Datang Ke Malaywood telah pun dibicarakan oleh SM Zakir dan seorang Profesor yang amat arif menjaga bahasa. saya tidak mengharapkan sesuatu yang manis-manis daripada kupasan dua orang tokoh tersebut. malahan saya ingin mempelajari sesuatu daripada kertas kerja yang dibicarakan oleh kedua-duanya. dari situlah saya belajar melihat kelemahan karya sendiri. sangat menyedihkan sekiranya si penulis menerima kritikan ke atas karya secara emosional kerana kelemahan yang terdapat pada karyanya.
sungguhlah benar kata profesor yang menilai buku Selamat Datang Ke Malaywood itu. cerita-cerita yang terdapat dalam buku tersebut tidak dapat dijadikan peralatan seni buat mendidik masyarakat/pembaca. malahan cerita-cerita di dalam buku Selamat Datang Ke Malaywood dianggap sebagai - karya seni. seni untuk seni. beliau benar. dan saya memang tidak berminat menulis untuk mendidik pembaca. pandangan jujur profesor itu tidak mengejutkan saya. sesiapa pun sahaja akan menolak cerita-cerita di dalam buku kumpulan cerpen kedua saya itu untuk dijadikan subjek sastera di sekolah. sangatlah tidak sesuai. kesalahan bahasa saya di dalam buku tersebut ditegur dan diberi beberapa komen untuk mengingatkan saya agak lebih sensitif dalam beberapa aspek. jika buku itu tidak dinilai oleh seorang profesor yang arif tentang bahasa, siapakah yang akan muncul untuk memaklumkan kepada saya akan hal tersebut?
sementara SM Zakir melihat Selamat Datang Ke Malaywood dari sudut sastera pascamoden. sebagai cerpenis terpenting muktahir, SM Zakir menyifatkan cerpen-cerpen yang terkandung di dalam buku tersebut, sebagai pemberontakan seni. suatu perlawanan sastera. pandangan SM Zakir itu juga tidaklah mengejutkan saya. hal sebegitu pernah dibangkitkan oleh beliau semasa berborak buku di KL Sentral beberapa bulan lalu. sebagai penulis yang ingin melarikan diri daripada gaya konvensional semasa, sudah tentu saya lebih cenderung menulis dari dalam dunia saya sendiri. dari zaman kecil saya memang suka berkhayal dan termenung sendirian. haha! contoh karya yang menjadi pilihan sudah tentu yang membawa teknik sureal dan realisme magis. teknik sebegini bukan baharu. saya baharu mengenali nama seorang penulis Jepun. Meiko Kanai, namanya. dia menghasilkan buku kumpulan cerpen bertajuk The Word Book.
mengapakah seseorang menyukai penulisan aliran sedemikian rupa? setiap penulis ada alasan peribadinya. tidak terkecuali saya.
roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-76226940154195524312013-03-17T10:58:00.000+08:002013-03-31T17:36:34.920+08:00art for grabs
semalam saya singgah ke acara art for grabs. besoknya, 17 Mac saya singgah ke acara Borak Buku. Zaen Kasturi menjadi tetamu yang akan membincangkan buku Tuhfat al-Nafis. saya singgah kerana ingin tahu bagaimana pandangannya tentang sastera kontemporari. saya tidak datang untuk menyoalkan soalan. saya gembira kerana dia masih seorang penulis yang tetap mempertahankan identitinya selama ini. cerpen-cerpennya ditukang dengan pendekatan yang rumit. suatu ketika dahulu dia pernah mempengaruhi saya. kemudian pada hari ini, saya lebih cenderung menyukai gaya humor Etgar Keret atau surealisme yang dibawa oleh Haruki Murakami. saya hidup dalam era facebook dan instagram. saya mahukan cerita berwarna-warni.
tidak banyak buku dijual pada kali ini. lebih kepada karya-karya produk seni. Saharil Hasrin Sanin menjual produk-produk seninya. selalu saya berharap dia akan muncul dengan buku kumpulan cerpen persendirian. dia penulis magis yang bersahaja. dua buah buku dibeli semalam pada acara tersebut. Kisah Dari Siru Kambam kumpulan cerpen tulisan Uthaya Sankar SB dan antologi cerpen Dajjal. sebuah buku lagi, iaitu The novel One Day In Life Of Ivan Denisovich tulisan maestro Alexander Solzhenitsyn dibeli di kedai buku Kinokuniya. dan isteri saya membeli sebuah poster mini dari Saharil Hasrin Sanin.
buku kumpulan sajak Seksi Ovari tulisan Fazleena Hishamudin, menurut khabar Sufian Abas, penerbit untuk buku tersebut, sedang laku keras. luar biasa. kumpulan sajak sangat sukar dijual, demikian yang sering dirungut penerbit. zaman sajak sudah berlalu? sekarang zamannya untuk bercerita? jika anda ingin menulis dan berhasrat membawa buku anda ke generasi baharu, idea Sufian Abas dan kawan-kawannya sangat berbaloi. gambar-gambar di instagram dia juga menarik. rupa-rupanya saya baharu mengenali istilah hipstamatic. ini semua gara-gara instagram.
apalah ertinya karya yang menarik -"konon sasteralah sangat"- tapi tidak dibaca oleh anak-anak muda cool? semasa mengunjungi Kinokuniya, isteri saya memaklumkan bahawa buku Selamat Datang Ke Malaywood tinggal senaskhah (saya harap hal itu benar). manalah tahu kalau stok lainnya terselindung di balik susunan buku lain. saya ucapkan terima kasih kepada yang membeli buku tersebut. anda memang hebat. anda menyelamatkan sastera kebangsaan. dan tidaklah sia-sia pihak ITBM menerbitkan manuskrip saya dan rakan-rakan yang lain.
suatu ketika dahulu dalam sebuah artikel, sasterawan besar kita pernah menulis dengan memetik kenyataan seorang penulis lain, bahawa kita di sini sibuk dan membangga-banggakan hadiah-hadiah sastera tempatan. sedangkan kita maklum, Tan Twang Eng baharu-baharu ini memperolehi hadiah Man Asian Prize. taraf Asia! lebih bergensi. jangan tidak tahu bahawa beliau merupakan penulis kelahiran Malaysia. Sharon Bakar pernah menulis tentang Tan Twan Eng di dalam majalah Dewan Sastera. sebagaimana Tsai Ming Liang, kelahiran Kuching Sarawak. penulis yang saya jangkakan akan memperolehi hadiah seumpama ini, ialah Faisal Tehrani. kita ada beberapa penulis kelahiran Malaysia yang bermastautin di luar. menulis dalam bahasa Inggeris.
demikian sastera kita bukan hanya berada di dalam kelompok kecilnya sahaja. menyedihkan jika sastera kita wujud dengan berpuak-puak. saya? saya suka masuk ke dalam mana-mana scene seni. itu membuatkan saya enjoy dan bebas. "kurangkan bercakap, menulis sahaja," kata Sutung Umar RS.
roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-65771559298886222462013-03-04T11:55:00.001+08:002013-03-27T12:50:31.202+08:00bas seluloidhari ini, 4 Mac, cerpen saya bertajuk Bas Seluloid, disiarkan di dalam akhbar Utusan Borneo.
saya pernah berbual-bual dengan rakan penulis, jika ingin segera terkenal atau ingin dilihat sebagai penulis berkualiti (baca tersohor) menulislah di media kebangsaan. saya tidak percaya sama sekali. siapa penulis Malaysia yang pernah mengirim cerpen atau sajak ke majalah seperti New Yorker lalu diterbitkan sehingga kini? jika ada, saya ingin tahu.sudah tentu, saya ingin melihat karya penulis-penulis dari Asia Tenggara tersiar di dalam majalah tersebut.
Penyair Abizai, yang sangat dihormati kerana perhatian tingginya ke atas bidang sajak, memaklumkan berita ini melalui kiriman sms. orang yang benar-benar datang ke KL untuk membeli buku ialah dia. ramai yang datang ke KL untuk melancong ke Jalan TAR dan pulang dengan bagasi sarat dari pusat membeli-belah.
perkara yang paling asas apabila seseorang itu untuk menjadi penulis, beli sebanyak-banyaknya buku. saya dinasihati sedemikian oleh ramai tokokh hebat dalam bidang penulisan. saya sangat malu kepada mereka yang banyak membaca sedangkan saya tidak. sebaliknya saya tidak malu mengaku bahawa akademik saya setakat SPM.
jika membeli sebuah buku pun masih berkira-kira, bagaimana hendak menulis sesebuah karya? ramai yang tidak berminat membeli buku tetapi ingin mengaku dirinya sebagai penulis malah tidak segan-segan menganggap diri sudah sasterawan. ramai yang rajin menghadiri perhimpunan bersama-sama penulis dan mengambil gambar kemudian diletakkan di dalam facebook. bersuka-suka di dalam lingkungan kesusasteraan tetapi tidak luas membaca serta lokek mengeluarkan duit membeli buku. saya pernah melihat hadirin terlelap ketika pembentangan kertas kerja. untuk apa perhimpunan sebegini sebenarnya?
cikgu sastera saya ketika di Tingkatan 4, Puan Ratnawati Jamil, pernah memberitahu bahawa seseorang yang berminat untuk menjadi penulis, HARUS menggunakan nama sendiri. tujuannya? agar mudah dikenali. setelah mula menulis beberapa cerita dan sajak, baharulah saya mengerti saranan yang diberitahu cikgu sastera saya itu. bayaran honorarium tidak mungkin dibayar melalui nama samaran. etika profesionalisme lebih mustahak. menggunakan nama sendiri mencerminkan keyakinan dan keberanian seseorang penulis. syarat utama untuk menjadi penulis, gunakan nama sendiri. jika segan atau kurang yakin, bergembiralah dengan nama samaran masing-masing.
sehingga ke hari ini, saya berdoa agar kes di Lahad Datu diselesaikan. tidak menulis isu ini di laman sosial bukan bermakna saya menghindari diri. saya cuba mewaraskan diri dengan membaca dari pelbagai sumber tulisan. membaca pandangan dari kedua-dua belah pihak. agar tidak dimanipulasikan secara sedar dan tidak sedar. tidak semestinya kecenderungan politik mesti dipamerkan secara terbuka. pada zaman di mana manusia mengaku bertamadun, peperangan sesama Muslim hanya akan ditertawa oleh negara-negara asing.
roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-16998509513601467212013-02-24T20:46:00.001+08:002013-03-04T11:39:41.886+08:00akan dibincangsempena Perhimpunan Karyawan Sarawak pada hujung bulan Mac nanti, dikhabarkan bahawa buku Selamat Datang Ke Malaywood akan dibincangkan oleh seorang tokoh bergelar Prof. semoga menjadi nyata perkhabaran itu. dan selamat menikmati cerpen-cerpen eksperimental, Prof.
saya sendiri tidak memiliki buku Selamat Datang Ke Malaywood. di atas meja, ditimbuni buku-buku tulisan orang lain. pernah ada. diberi 10 naskhah oleh penerbitnya ITBNM. kemudian saya memberi kesemuanya kepada beberapa saudara terdekat.
saya sedar, sudah tentu mereka mengalami "kesukaran" mengikuti cerpen-cerpen tulisan saya di dalam buku tersebut. saya menyerahkan begitu sahaja kepada mereka.dan tidak memberitahu, misalnya, "cerita-cerita dalam buku ni, sedikit berbeza." bagimana nanti jika bertanya, "mengapa dibuat cerita dengan pendekatan sukar?" apa yang saya bakal jawab? suatu masa nanti, saya ingin menulis dengan pendekatan realisme. dan ia bermula dengan cerita yang berlaku di sekeliling mereka.
di Sarawak, saya berkawan dengan mereka yang tidak tahu apa-apa tentang sastera termasuk juga di Semenanjung. mereka kawan lama saya. kami bukan sekolompok anak muda terpelajar. tidak sebagaimana anak muda masa kini yang mengenali siapa Edmund Burke, Goenawan Mohamad, Tariq Ramadan atau Tsai Ming Liang. mereka dengan masing-masing rokok tersepit di bibir, teman bersembang ketika minum teh tarik di mamak sekitar Selayang Mall di Selangor dan bangku di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak. duduk melepak macam orang tiada masa depan. mereka lebih mengenali lagu-lagu Pearl Jam berbanding sajak-sajak Datok Baha Zain, misalnya.
saya sangat sedih melihat anak muda yang terlalu ingin berlagak dewasa. berusia awal 20-an tetapi berlagak seperti berusia 50-an. di mana perginya semangat anak muda yang suka memberontak dan hidup dengan warna-warni? berbalik kepada kawan-kawan teh tarik saya, ya, mereka bukan lepasan universiti. sangatlah mengada-ngada jika saya berbicara tentang isu-isu abstraks di depan mereka. bersama mereka, saya kembali menjadi orang normal. jika dapat diputar semula, saya ingin menulis dengan pendekatan mudah difahami. semoga mereka menikmati cerita-cerita yang saya tulis. cerita cinta, kalau boleh.
saya tidak tahu sama ada buku saya itu dibaca oleh para penulis di Sarawak. kecuali Rosani Hiplee, penyair Sarawak, yang sudah tentu orang pertama akan saya beri secara percuma buku tersebut. ini kerana, dialah orang yang bertanggungjawab mula-mula menyusun atur kandungan buku tersebut sebelum dikirim ke penerbitan, yang kemudiannya, ditolak. manuskrip bertajuk Sememnanjung Borneo itu sebaliknya diterbit oleh ITBNM dengan tajuk, yang tidak kalah menariknya, Selamat Datang Ke Malaywood.
sempena Perhimpunan Karyawan Sarawak juga nantinya, saya berharap agar Selamat Datang Ke Malaywood di Sarawak menemui para pembaca. terutamanya dari generasi baharunya. saya menulis untuk mereka. saya mencabar mereka dengan membentangkan naratif Selamat Datang Ke Malaywood. agar suatu masa nanti, mereka akan menulis dengan lebih bagus daripada apa yang mampu saya tulis di dalam Selamat Datang Ke Malaywood. gaya penulisan saya mungkin sudah ketinggalan zaman.
saya berterima kasih kepada mereka yang bermurah hati mengulas buku tersebut di Goodreads. kesemua mereka yang mengulas buku tersebut tidak dikenal secara akrab. saya sedar diri. kadang-kadang ulasan mereka agak memuji sedangkan hakikatnya, terdapat beberapa kelemahan saya sebagai penulisnya. mungkin sahaja naratif yang saya terapkan agak menyukarkan sebahagian pembaca. saya sedang cuba menjadi penulis eksperimental. dan demikianlah yang berlaku pada struktur penulisan saya. masih amatur.
eksperimental? kedengarannya sangat moden dan unik. tidak. kepada saya ia hanya label. bagus atau tidak, tiada kena-mengena dengan istilah. matang atau separuh, ditentukan oleh kerja penulisan. Pramoedya Ananta Toer bukan penulis eksperimental. dia kekal sebagai sasterawan besar dari Asia Tenggara kerana keberkesanan gaya penulisan realismenya. manakala SN Shahnon Ahmad merupakan penulis eksperimental Malaysia yang saya anggap hero. demikian juga SN Anwar Ridhwan.
roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-70290320224434323112013-02-19T15:14:00.002+08:002013-02-25T11:54:16.411+08:00percuma."terlalu ramai antara kita
memenangkan orang besar dan kesilapannya
terlalu sedikit antara kita
membela orang kecil dan kearifannya."
- Malam Terakhir Nadim, Raihani Mond. Saaid.
menjadi seniman tidak bermaksud segala kerjanya percuma. saya pernah melihat slogan ini bertebaran di laman sosial. kata-kata itu menyebabkan saya termenung seketika. apa maksud slogan ini? siapakah mereka? mereka yang asing dengan pemikiran golongan seniman beranggap slogan sebegini hanyalah lelucon. atau bertujuan memperlekehkan golongan seniman.
malangnya seniman sering ditafsirkan sebagai komuniti minoriti. penampilan mereka yang aneh menjadi cemuhan para kapitalis. sering melanggar arus dan cenderung berfikir di luar kebiasaan. bukan keperluan kerajaan untuk memahami suara mereka. maka, kerja seniman yang unconventional sering dianggap percuma. sebagai hiburan iringan. demikian pandangan stereotaip ini masih berlaku dan dibiarkan terus berlaku. seniman tidak semahir tukang paip yang perlu dibayar atas perkhidmatannya. seniman tidak makan nasi seperti manusia lain.
saya sedar subjeks ini sudah pun klise. saudara Zaen Kasturi pernah menulis hal ini dengan mata pena yang lebih tajam di halaman belakang majalah Dewan Sastera. berpuluh tahun sudah berlalu.
kononnya seniman tidak perlu menerima apa-apa bayaran sekiranya disuruh melukis mural di dinding bangunan sekolah. akal genius mereka cukup sekadar diberi ucapan terima kasih. seniman akan tersenyum puas melihat karya mereka terbit di akhbar. itu semua kerja seni. dan kerja seni sering ditafsir tidak mendatangkan keuntungan secara praktikal kepada kehidupan. jika dibayar pun, memadailah seringgit dua untuk sajak dan cerpen. cukup untuk minum petang di mamak. tidak mendatangkan masalah negara sekirannya golongan seniman terencat menghasilkan karya kerana hambatan dana.
tanpa sentuhan seniman, tidak mungkin terhasil sinematografi yang memukau di dalam filem. tanpa imaginasi seniman, tidak terucap lirik kata untuk lagu malar segar di radio. tanpa seniman, bagaimana tersusun diksi untuk mengingati siapa pencipta dunia untuk sebuah sajak kerohanian. sayangnya jasa golongan seniman tidak dapat diukur berdasarkan tenaga otot. dan dunia memerlukan orang-orang yang bijak berkata-kata untuk naik di atas.
pendek kata, kerja seniman tidak sepenting kerja pencuci bangunan atau pembantu jualan di pasar raya. maka, apa perlu dibayar segala bakat dan kecerdasan kreatif mereka? tangki kereta seniman tidak menggunakan minyak tapi air paip. ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seniman. memadailah.roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-14557846499104172142013-02-08T17:15:00.000+08:002013-03-31T17:37:00.404+08:00pergi tingggalkan zon nyaman dalam rumahsuatu hari, saya berangan-angan berada di New York. sedih sungguh, ini hanyalah imaginasi.
bukan atas urusan akademik atau perniagaan. namun kerana saya ingin merasai suasana di dalam negara yang paling dicemuh oleh kebanyakan. saya tidak ingin hipokrit. saya selesa memakai seluar jeans Levi's. saya penggemar kemeja T buatan Amerika. kasut adidas Nike saya buatan Amerika, bukan buatan Thailand. rupa-rupanya ini juga sebahagian daripada keghairahan jenama. sayangnya tidak mungkin, malahan di pasar raya mega kasut-kasut jenama terkenal sebaliknya dibuat di Vietnam. saya kadang-kadang meniru gaya sinis mereka seperti yang sering dilihat dalam dialog-dialog sitkom televisyen. dulu rambut saya ikut stail Tommy Page.
kemudian saya menulis beberapa buah cerpen berlatarbelakangkan New York. Budi Darma pernah menghasilkan kumpulan cerpen, Orang-orang Bloomington. buku itu sangat bagus, menurut saya. teksi-teksi kuning sentiasa lalu-lalang dalam setiap cerpen saya. dan apabila sampai di tanah air, saya membukukannya sebagai ole-ole sepanjang kembaraan saya di luar negara. demikian khayalan kosong saya.
tawaran ITBM kepada penulis di bawah usia 30 tahun untuk mengembara ke England, tidak dapat tidak, membuatkan saya cemburu dengan kesempatan yang sungguh lumayan itu. saya sudah terlanjur berusia, menetap sementara di Kuala Lumpur yang serba canggih dan urban persekitarannya. dan mengenangkan itu, saya berasa sedikit berada di luar negara kerana meninggalkan negeri kelahiran, Sarawak, nun jauh di seberang Lautan Cina Selatan. di Kuching pun ada Starbuck, kawan.
jika ditanya kepada golongan penulis, saya fikir, hampir kebanyakannya sudah tentu akan memilih untuk mengembara ke mana-mana lokasi dunia. umur masih muda, buat apa duduk terperuk dalam rumah?golongan penulis memang dianjur untuk pergi melihat dunia di sekeliling mereka, buat meluaskan fahaman, meluaskan cara memandang perbezaan pendapat dan jauh lebih mustahak daripada itu, menajamkan mata pena. penulis-penulis besar sekarang mengembara ketika menghasilkan karya hebat mereka. di sini, kita ada penulis Dr. Faisal Tehrani yang jauh pengembaraannya.
sangatlah menyedihkan jika peluang berada di luar negara sebaliknya tidak mengembangkan pemikiran. juga amatlah mendukacitakan dengan bacaan buku-buku karya penulis luar negara tidak juga melebarkan perspektif masing-masing. sekarang, tinggalkan katil empuk dan hidangan makan sedap di atas meja setiap hari.roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-39387756370472422072013-02-06T10:20:00.000+08:002013-02-06T10:20:21.231+08:00ilmu mengajak cerita untuk bersahabat
saya termasuk mereka yang terlewat memiliki buku ini. semasa berkunjung ke Pesta Buku 1Malaysia, selain membeli majalah-majalah terbitan DBP, saya terpandangkan buku ini di gerai buku ilmiah. dan saya sudah pun selesai membacanya.roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-44978125964600430402013-01-31T12:29:00.001+08:002013-01-31T12:29:22.632+08:002 buah buku baru.pada hari Sabtu saya memasuki kedai buku Kinokuniya KLCC, akhir tahun lepas jika tidak silap, saya terpandangkan buku Tiada Tuhan Melainkan Allah tulisan Reza Aslan. saya membelek bahagian luar, maklum sahaja, setiap buku kadang-kadang dibungkus dengan plastik, bertujuan menghindari para pembeli membaca secara percuma. bagaimana hati tidak terluka oleh langkah pencegahan sebegini?
tidak disangka, saya bertemu dengan Lutfi Ishak di rak buku falsafah. bersama cadangan dan pujian yang bernas daripada Lutfi, saya segera membeli buku tersebut. namun bukan pada hari itu. sebaliknya pada awal bulan Januari, baharulah saya membeli buku yang direkomen oleh Lutfi. beberapa hari kemudian, sebaik sahaja saya menyelak majalah World Literature Today, ruangan ulasan buku mempromokan buku kumpulan cerpen Apricot Jam tulisan penulis terkemuka Russia, Aleksandr Solzhenitsyn. saya memohon kad diskaun di kaunter kedai buku Kinokuniya KLCC, dan segera mendapatkan buku yang dihajati.
saya berjanji dengan Wan Nor Azriq, namun Fadhli al-Akiti (editor majalah dewan Sastera) yang saya jumpa di kedai minum di tingkat atas kedai buku Kinokuniya KLCC bersama Lutfi.roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-18102626780879144842013-01-28T20:19:00.002+08:002013-01-28T20:25:11.490+08:00sembang buku"kalau penyair sudah terlanjur dicap dengan gaya tertentu, sebenarnya dia sudah mati. saya tak mau mati dan terjebak dengan stempel tertentu, itu mematikan kreativiti," demikian kata penyair Joko Pinurbo yang saya kutip dari dalam majalah Tempo edisi 7-13 Januari 2013. buku kumpulan sajak Joko Pinurbo, Tahilalat, diangkat sebagai buku karya satera terbaik pilihan majalah Tempo.
saya menyebut nama Joko Pinurbo ketika sembang buku di kedai kopi coffe bean KL sentral petang Ahad. kemudian penulis Rebeca Ilham menyoal berkaitan pendekatan aliran realisme magis yang dilihatnya wujud dalam cerpen-cerpen saya. jika boleh, saya memang tidak ingin menjelaskan mengapa saya mesti menulis dengan peranti realisme magis. tetapi itulah, kadang-kadang penulis terpaksa tampil untuk memberi sebab-sebab gaya tertentu diaplikasikan dalam kerja penulisan. saya membesar di Sarawak dengan mendengar cerita-cerita magis. kisah buaya Bujang Senang, misalnya.
pertanyaan Rebeca Ilham tidak mengejutkan saya. bahkan dia telah menulis ulasan yang bagus untuk novel Kaing Kaing karya Siti Jasmina Ibrahim dalam akhbar Mingguan Malaysia. menurut Rebeca Ilham, novel itu dikesan membawa pendekatan realisme magis. mengapa realisme magis tiba-tiba menjadi subjek perbualan pada petang semalam? S.M Zakir menyebut nama penulis Zainal Rashid Ahmad untuk dikaitkan dengan gejala realisme magis di kalngan penulis kontemporari Malaysia. penulis Marsli NO juga dilihat membawa persoalan magis dengan lebih radikal. jangan lupa, teknik realisme magis telah meninggalkan konflik sebelum ini yang melibatkan sasterawan tersohor negara. novel Hujan Pagi karya SN A. Samad Said ditulis dengan penuh ambitious dan menjadi penanda aras kecemerlangan prosa beliau.
duduk di sebelah saya pada petang itu ialah penulis Muhammad Harya Ramdhon. novelis dan cerpenis dari Indonesia yang turut menceritakan perkembangan penulisan di Indonesia. dari dia saya dimaklumkan kepulangan penulis Ratnasari Ibrahim. saya menyenangi cerpen-cerpen tulisan Ratnasari Ibrahim. saya tidak boleh tidak menyebut nama Budi Darma, Kuntowijowo, Seno Gumira, Agus Noor malahan Ugoran Prasad serta Ratih Kumala apabila berbicara tentang cerpen-cerpen Indonesia.
penulis Eka Kurniawan telah menulis novel Cantik Itu Luka. sebuah novel luar biasa yang meminjam kecerdasan naratif Gabriel Garcia Marquez. kepada saya, novel Cantik Itu Luka sangat wajar untuk dibaca jika ingin berbicara tentang teknik realisme magis di sini. saya sempat menyebut nama Etgar Keret. dengan itu, pendekatan dan struktur penulisan magis yang dibawa oleh Gabriel Garcia Marquez telah dipermodenkan oleh Egar Keret. tiada lagi persoalan pasca penjajah atau sesuatu yang melibatkan penjajahan baharu. di dalam cerpen-cerpen Etgar Keret, sesuatu yang biasa tentang rutin harian, telah diangkat dengan peranti realisme magis.
saya sendiri tidak ingin mengulangkan gaya yang sama. dan memang benar kata Joko Pinurbo.roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-3481513819664569722013-01-25T10:35:00.000+08:002013-01-25T10:35:25.724+08:00wawancarajika anda rajn memaut talian majalah New Yorker, jangan terkejut kerana disediakan ruangan wawancara bersama penulis di mana cerpennya tersiar pada bulan tersebut. begitulah apresiasi barat menghargai para penulis fiksyen mereka. boleh anda bayangkan ruangan sedemikian di dalam majalah seumpama Dewan Sastera? dan apakah bentuk soalan dan jawapannya?
apakah sesi wawancara ini bermanfaat? sesungguhnya bermanfaat. ia memberi "gambaran fiksyen" kepada para pembaca untuk mengetahui bagaimana proses dan idea sesebuah cerpen itu dihasilkan. misalnya apakah yang merangsang Rivka Galchen ketika menyiapkan sesebuah cerpennya? atau dari mana datangnya cerita yang ditulis oleh S. M. Zakir yang tersiar di dalam majalah seumpama Dewan Sastera baharu-baharu ini?roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-8839198074265421053.post-41384254253577782942013-01-22T17:45:00.001+08:002013-01-22T17:45:23.028+08:00hujansajak di bawah ini, sejujurnya dicipta setelah membaca sajak SN Muhamad Haji Salleh. kemudian saya teringatkan sebuah cerpen Haruki Murakami, On Seeing The 100% Perfect Girl One Beautiful April Morning. seperti yang diketahui, cerpen tersebut menjadi asas kepada filem pendek yang diarahkan oleh Naoto Yamakawa pada 1983.
Hujan di Stesen LRT
di bangku yang sama paling hujung
dengan persalinan terindah
wanita dari sebuah puisi silam menanti lagi.
selendang meriah warna melilit tengkuk
rambut digulung semekar harapan
diharumkan pewangi dari Paris
dan bibir digincu berkilauan hati.
minggu demi tahun
dia duduk di bangku terjauh
biru oleh penantian dan likuan masa.
hujan tengah hari bergemuruh di bumbung
seperti lagu sedih menutup filem.
dia melirik jauh di rel sunyi
LRT berhenti juga berulang-alik.
kekasihnya tidak kunjung muka
untuk menyapu rindu yang berlinangan di mata.
LRT dari utara menurunkannya
dengan persalinan teristimewa
lelaki muncul dari puisi masa depan.
di bangku tempat dijanjikan
wajah bercahaya gemerlapan dunia
di telapak tangan tergenggam sebentuk permata
lebih indah berbanding kata-kata.
hari demi bulan
dia menanti di bangku kali terakhir
sebelum hujan petang berlalu
menghapuskan setiap titik kasih.
18 September 2012.
sajak ini terbit pertama kali di dalam buletin Jendela Sarawak 2012.
roslan jomelhttp://www.blogger.com/profile/08635690162800163739noreply@blogger.com